Tuesday, 21 February 2017

VIDEO TERKINI : PETANG TADI, WANITA MENGANDUNG DITEMBAK DI PENANG... DIKATAKAN INI ADA KAITAN KONGSI GELAP !! SIAPA YANG DI PENANG. ROADBLOCK SEDANG DIJALANKAN PIHAK POLIS UNTUK MENCARI SUSPEK !!.



GEORGETOWN: Seorang wanita mengandung maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Bukit Gambir berdekatan Taman Pekaka di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, 


mangsa berusia lingkungan 30-an memandu kereta jenis BMW sebelum kenderaannya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal. Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu. 


Akibatnya, kenderaan mangsa terbabas ke Lorong Pekaka 9 dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diletak di tepi jalan berkenaan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk. Ketika ini, pegawai polis dan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian berkenaan. 



TERKINI : CERITA SEBENAR PEMBUNUHAN PELAJAR UITM DI JOHOR TERBONGKAR. Mohon Jangan Share Foto ini !!

Kota Tinggi: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, yang sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini, ditemui mati dalam kawasan ladang itu dengan satu kesan tikaman di bahagian belakang badannya, petang semalam.
Mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui kira-kira jam 6 petang oleh beberapa pekerja ladang yang mencarinya selepas mangsa tidak pulang daripada meronda di kebun kelapa sawit itu sejak jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa dikatakan meminjam motosikal seorang pekerja ladang untuk meronda di kawasan itu sebelum seorang rakan sekerjanya yang masuk bekerja jam 3 petang mendapati mangsa tiada sebelum bersama beberapa lagi pekerja ladang mencarinya.
Mangsa kemudian ditemui mereka dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.
"Dia ditemui masih berpakaian baju T berkolar berwarna biru dan terdapat nama Nazri bersulam serta berseluar jeans biru dan berkasut getah warna hitam, namun tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu," katanya.
Rahmat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat satu kesan tikaman di bahagian belakang badan sebelah kiri paras dada mangsa.
Katanya, sebilah pisau berukuran 36 sentimeter juga ditemui pada jarak 23.16 meter dari mangsa serta sebuah motosikal yang digunakan mangsa berada di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa yang menuntut dalam pengkhususan bidang Perladangan di UiTM Jasin, Melaka itu sedang menjalani latihan praktikal di ladang berkenaan selama tiga bulan dan akan tamat latihan praktikal pada 6 Mac ini.
"Punca dan motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru," katanya.


Monday, 20 February 2017

SIAPA SEBENAR ULAMA PAS INI ? SANGAT KAYA SEHINGGA BELI KERETA RM600K KEPADA ISTERI MUDA!!!

Tular di media sosial sejak malam tadi pengakuan difahamkan isteri muda kepada Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerima hadiah kereta Audi Q7.

Menggunakan nama, “Datin Norhayati Abd Malek” pada akaun Facebook, usahawan barangan kosmetik terbabit memberitahu pemberian suaminya itu dapat diguna untuk “merayap” ke rumah beberapa rakannya di sekitar Kuala Lumpur.

“Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)” diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, “Audi Q7… bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL,” seperti dipetik dari akaun Facebook beliau.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati ‘posting’ tersebut yang turut melampirkan foto kereta berharga kira-kira RM600,000 itu telah dipadam manakala status Norhayati yang dimuat naik awal pagi tadi memberitahu dirinya sedang bersedih.

“Waktu sedih macam ni tiba-tiba teringat kat Kekanda Yang Teramat Mulia Tunku Soraya yang selalu bagi kekuatan kat kti,” luahnya.

Sementara itu, bukti Norhayati isteri kepada Khairuddin dapat dikenalpasti apabila wanita berkenaan pada 15 Februari lalu memuat naik gambar pemimpin Pas yang memusuhi Amanah dan DAP itu berkemeja-T jalur merah jambu dan berkaca mata sedang bersiar-siar di kawasan berpasir bersama kanak-kanak dipercayai anaknya.




“Balik ganu (Terengganu) bila kita panggil depa (mereka) ‘dik bagi akk (akak) air kelapa, depa tengok je muka kti lama-lama.. .

“Tak, saya memang kakak dari adik, saya isteri YB Kuala Nerus.. Terpaksalah berjela-jela dok terang kat depa bila depa beliakkan mata tengok kti,” ujarnya yang difahamkan berasal dari Kedah mengikut profil beliau di Facebook.

Tindakan Norhayati mengumumkan hadiah yang diterima daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus di Terengganu itu dianggap ramai netizen sebagai melampau memandangkan statusnya sebagai isteri kepada pemimpin yang kononnya parti Islam.

Namun, ada juga yang dipercayai penyokong Pas menganggap tidak perlu berdengki dengan rezeki orang lain kerana Norhayati adalah seorang ahli perniagaan sebelum dibidas netizen bahawa Audi Q7 itu bukan dibelinya sendiri sebaliknya jelas dihadiahkan suaminya yang merupakan seorang wakil rakyat.

Kecenderungan menayangkan kereta mewah di Facebook itu mengulang perangai sama beberapa pemimpin Pas sebelum ini antaranya Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Mokhtar yang mutakhir ini kerap dilihat tampil di khalayak dengan jari kanan bertutup kain seperti pada Himpunan RUU 355 lepas turut memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya ‘kuda-kuda hitam’ di Facebook, 14 Januari lalu.

Namun, itu bukan kali pertama dia yang pernah tiga tahun ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terbabit dengan kumpulan Al-Maunah berbuat demikian kerana pada 17 Disember 2015 Mokhtar dikesan memuat naik gambar kereta Mercedes miliknya di media sosial tersebut. – Malaysia Dateline



PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Ulama Pas Didakwa hadiahkan isteri sebuah kereta mewah Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


TOLONG JANGAN MAKAN 5 BAHAGIAN AYAM INI YANG ADA RACUN !! DAH LAMA DAH BENDA NI. TAPI RAMAI YANG TAK TAHU !!

Awas! Lima Bahagian Ayam Yang Mengandungi Racun !!! |Siapa yang tak suka makan daging ayam, kan. Tak kisahlah ayam goreng, gulai, panggang atau apa sahaja jenis masakan, mesti ada si penggemarnya.
Namun, tahukah kita semua, terdapat lima bahagian ayam yang terkandung racun? Jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan terkena racunnya.
1.Kepala  
Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat. Walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam. Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.
2.Kepak  
Ramai yang gemar bahagian ini kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.
Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.
Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang. Kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual. Jadi apabila kerap memakan bahagian ini, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.
3.Leher  
Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng. Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.
Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, namn inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar. Lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian ini.
4.Buntut 
Dikatakan banyak memakan bahagian ini berisiko menghidapi kanser usus. Bahagian ini memiliki kandungan hormon, serta adalah tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke ayam tidak dapat dicerna baik lalu berkumpul di bahagian ini.
5.Kulit  
Makan daging ayam tanpa kulit, tidak lengkap rasanya. Hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga. Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.
Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati. Jika terlebih makan kulit ayam, mudahlah mendapat masalah obesiti. – Sumber: Bangkapos



AKHIR ZAMAN: ISTERI KEDUA USTAZ SYED AKHIRNYA PECAH RAHSIA SUAMI HINGGA MENGEJUTKAN ISTERI PERTAMA. Dunia Fitnah memang berleluasa. Tolong Jangan Fitnah Mereka lagi selepas Tengok BENDA ini !!


BERGURAU zaman viral bahaya.  Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.  Jika kita maksudkan tujuannya A tapi orang ingat B, orang lain pula mungkin fikir C dan ada juga pendapat lain fikir Z terus. Jadi itulah bahayanya gurau zaman viral ini.

Seperti yang berlaku minggu lalu. Mula-mula Gempal nak cerita mengenai gurauan Shah dari kumpulan Tapaw.  Dia edit pada sijil kelahiran anaknya dengan meletakkan nama Muhammad Putra Naruto. Maka ramailah netizen yang mengkritik kerana memberikan nama yang tidak baik pada anak.   
Mengakui dia tersilap gurau, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini; “Sebenarnya, perkara yang dikongsi itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata di kalangan adik-beradik. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.
“Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah.

Gurauan Shah tak fasal-fasal dia dapat kecaman percuma daripada netizen.  
Kisah gurauan yang kedua adalah lebih hebat lagi iaitu gurauan berkahwin buat kali yang ketiga.  
Gempal menerima kiriman screen shot daripada peminat berkongsi cerita dan gambar bahawa isteri pertama Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre telah berkahwin lagi buat kali ketiga. Sementara Salima pula isteri keduanya merupakan seorang selebriti.    

Dan apabila kisah ini disiarkan terus menjadi viral.  Namun apa yang menariknya di sebalik cerita tersebut adalah Salima menafikan kenyataan madunya bahawa suami mereka berkahwin lagi buat kali ketiga.

Ini yang ditulis oleh Salima

“Assalamualaikum. Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri Kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini palsu mewakili suami dan juga isteri pertama. Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral.” 

Berita penafian ini juga telah menjadi viral. Pelbagai pendapat yang diberikan dan kebanyakan komen yang diterima mengatakan bahawa berita gurauan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, dalam zaman serta viral ini, apakah adabnya jika hendak bergurau?  Mudah sahaja, bagi Gempal jika hendak bergurau biarlah bertempat, fikir semasak-masaknya sebelum upload sesuatu dan fikirkan pro dan kontranya terutama jika anda adalah seorang selebriti.  

Melainkan jika anda sanggup menerima kecaman netizen maka silalah bergurau seperti mana yang anda mahukan.  Jika dah viral sendiri tanggunglah ya.


"Anak Saya Tidak Berlumba, Jangan FITNAH !!" Luahan Terakhir Ibu Mangsa Yang Sangat Menyedihkan. Tolonglah, Rakyat Malaysia, Jangan Lagi Fitnah Budak Basikal di Johor !!


JOHOR BAHRU - Cerita-cerita negatif menyatakan anak saya berlumba hingga menjadi viral dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar,”kata  Amir Omar, 47, bapa kepada arwah Mohamad Azhar dari Kampung Senibong, Masai, dekat sini. 
Amir mengakui terkilan dengan dakwaan dalam media sosial yang menyebarkan cerita negatif kononnya anaknya berlumba semasa hari kejadian.

Rakan arwah Mohamad Azhar yang ada bersama-sama pada malam itu menyatakan mereka tidak berlumba malah semasa kejadian mereka berada di tepi jalan melihat seorang daripada kawannya membaiki tayar basikal yang pancit.

“Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat andaian tidak berasas berhubung kejadian berkenaan. Tidak dinafikan kami berasa terkilan  dan sedih dengan dakwaan di buat di media sosial,”katanya.
Dia berkata demikian ketika sidang media di rumahnya, selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd  Mutalip Abd Rahim.

Dalam kunjungan itu, Abd  Mutalip menyampaikan sumbangan wang tunai dan khairat kematian RM1,800 kepada keluarga Mohamad Azhar dengan ditemani isterinya, Sabariah Yusof, 49.
Keluarga Mohamad Azhar turut menerima sumbangan RM300 daripada Umno Cawangan Kampung Senibong yang disampaikan ketuanya, Yacob Shadan. Hadir sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Senibong, Mohd Asri A Karim.

Dalam kunjungan tersebut majlis tahlil secara ringkas turut dilakukan untuk arwah Mohamad Azhar yang dipimpin Abd  Mutalip dengan dihadiri guru-guru dari SMK Senibong.

Mohamad Azhar, 16, adalah seorang daripada lapan  remaja yang maut dalam kemalangan pukul 3 pagi kelmarin selain dua kritikal dan enam lagi cedera serta masih dirawat di hospital.
Amir yang merupakan seorang nelayan berkata, arwah anaknya mula bermain basikal sejak dua tahun lalu dan biasanya hanya menunggang kenderaan itu di kawasan berdekatan.

Beliau berkata, Mohamad Azhar merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan seorang yang pendiam serta tidak merokok selain sering membantu abangnya menjual dadih berdekatan rumah.

Sementara itu, Abd  Mutalip berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Johor (Maij) menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan tersebut. 

Menurutnya, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala lapan keluarga remaja yang cedera pula masing-masing mendapat RM1,000.


TERKINI: BR1M ANDA BELUM MASUK ? BACA INI DULU SEBELUM PERGI BANK !!!


KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai  (18 Februari).
Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.
Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini.  
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Menurut Najib sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.
BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama  penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.


Bagi BR1M tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. –Bernama


"Emak Dah Tua, Saya TERPAKSA Ambil Alih Tugas Mak di Ranjang Bersama Ayah"



Nilai: Polis cekup seorang peniaga, 40-an dipercayai menjalinkan hubungan terlarang bersama anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, penahanan susulan laporan dibuat isteri suspek, 40 yang mengetahui anak kandungnya berusia 20 tahun melakukan perbuatan itu.
Katanya, pada petang semalam, wanita itu menjumpai kad memori milik suaminya dalam sebuah beg yang diletakkan atas meja.
"Sebaik memasang kad memori berkenaan, wanita itu terkejut menjumpai video menampakkan suaminya melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.


Saturday, 18 February 2017

"VIDEO Ni BUKTI, Tuhan Nak Tunjuk Prestasi Mak Bapak Zaman Sekarang " Rakyat Malaysia SOUND Mak ayah yang Tak Reti JAGA ANAK!!

Dua dilaporkan kritikal, manakala lapan lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Kejadian tragis yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu mengundang simpati orang ramai, apatah lagi mangsa-mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun.
Ekoran kejadian, pelbagai spekulasi dan pandangan diluahkan netizen susulan dakwaan daripada mangsa mengatakan kononnya pemandu wanita yang merempuh menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan polis setelah tiada bukti kukuh dan elemen sedemikian ditemukan ketika siasatan dilakukan.
Biarpun telah disahkan oleh pihak berkuasa, percayalah, masih ada lagi pihak yang tetap akan menunding jari kepada pemandu terbabit dengan mengatakan yang mana dia masih salah akibat cuai ketika memandu.
Bagaimanapun, adakah situasi ini sesuatu yang mengejutkan bagi warga Johor?
Menerusi sebuah rakaman yang kini tular di media sosial, kelihatan sekumpulan remaja dilihat begitu ‘sakan’ melakukan pelbagai aksi berbahaya di sebuah lebuh raya di Johor.
Video ini dipercayai diambil sebelum insiden berlaku, dirakam seorang pengguna jalan raya yang sempat mengelak daripada bertembung dengan mereka..
Melalui rakaman, dapat dilihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik berlumba itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.
Sebaik sahaja tiba di selekoh, mereka mula menunggang basikal ke tengah jalan iaitu ke lorong kanan, sekali gus memaksa pemandu kereta memperlahankan kenderaannya.
Turut kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan berbahaya yang turut menghalang laluan kenderaan.
Kumpulan mereka ini dikatakan aktif berbasikal setiap malam minggu di kawasan tersebut yang mana kebiasaannya aktiviti mereka bermula kira-kira jam 12 tengah malam sehingga lewat pagi.
Menurut maklumat netizen, pemandu jalan raya di situ dikatakan sering menyaksikan kegiatan ini terutamanya pada hujung minggu.
Malah ada yang berkongsikan pengalaman nyaris ‘tersapu’ kumpulan remaja ini ketika memandu.
Habis syif nak balik tengah-tengah drive, hampir-hampir nak terlanggar bebudak nih, macam ni lah dia bawak. Eyyyy ngeri betul masa tu..tak perasan sebab selekoh kat mamak Yassin tu memang serabut sikit,” kata Suraya Hassan.
Kumpulan remaja ini turut dikatakan bersikap kurang ajar dan tidak mengendahkan teguran daripada segelintir pemandu yang cuba menegur perbuatan berbahaya mereka.
Dulu saya pernah hampir terlangar group basikal ni kat jalan yang sama semasa pulang dari kerja lewat malam, tapi bila saya berhenti tegur mereka dengan cara baik.
“Sebaliknya kita pulak kena sound.. ‘APA HAL?’…itu yang mereka jawab. So simpulannya… sad but true.. Alfatihah,” kata Hafiss Zainuddin.
Sementara itu, ada pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa mangsa berkenaan kerana tidak mengawasi aktiviti anak-anak mereka.
Aku nak tahu kenapa budak budak sekolah masih di jalan raya main basikal pukul 2-3 pagi? Kes ni memang tuhan nak tunjuk prestasi mak bapak zaman Sekarang.
Baru satu Malaya buka mata yang anak lelaki pun perlu pengawasan ketat seperti anak perempuan,” tulis Normi Kahar
Netizen turut berharap rakaman video ini akan membawa pengajaran kepada orang ramai dan menyeru golongan ibu bapa untuk lebih prihatin dan kerap mengawasi pergerakan anak-anak mereka. – 


" Maafkan Saya Emak, SEDAP Sangat MAIN dengan Ayah Sampai Lupa Emak Tengah Rakam Video " .

Nilai: Polis cekup seorang peniaga, 40-an dipercayai menjalinkan hubungan terlarang bersama anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, penahanan susulan laporan dibuat isteri suspek, 40 yang mengetahui anak kandungnya berusia 20 tahun melakukan perbuatan itu.
Katanya, pada petang semalam, wanita itu menjumpai kad memori milik suaminya dalam sebuah beg yang diletakkan atas meja.
"Sebaik memasang kad memori berkenaan, wanita itu terkejut menjumpai video menampakkan suaminya melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.


TERKINI: Apa Lagi Nak Dikata, Polis Akhirnya BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar Kejadian Rempuhan Budak Basikal di Johor


JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.
Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.   

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.
Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.
Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan. - Bernama


WOW. Polis Wanita PALING CUN di Malaysia Buat Ramai Lelaki Cair. Dah Macam Model. Ada Ke yang Pernah Kena Saman Dengan Polis ni?



Di katakan Anggota polis wanita bangsa cina paling cantik berasal dari Sarawak kini bertugas di balai polis kuala lumpur. Irene nama beliau.







LELAKI INI AKHIRNYA TERPAKSA BERLAKU JUJUR DEDAH PUNCA KEMALANGAN DI JOHOR !


JOHOR BAHRU - "Kereta itu datang dalam keadaan laju lalu merempuh kami," kata Muhammad Zulfadli Yusri, 19, antara mangsa yang cedera dalam insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, awal pagi tadi.
Muhammad Zulfadli yang bekerja sebagai tukang cat dari Stulang Baru turut mendakwa pemandu kenderaan Nissan Almera iaitu seorang wanita memandu sambil menggunakan telefon.
"Saya datang dari rumah nampak sekumpulan basikal sedang berkumpul di tepi, jadi saya pun ikut sekali, tak lama kemudian bila saya pandang belakang saya lihat kereta sedang dipandu laju untuk ke tengah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan remaja berbasikal maut, dirempuh kereta]
"Saya nampak dengan mata saya, pemandu itu sedang main telefon... dan sebat (langgar) semua," katanya yang ditemui di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.
Dia yang baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum itu tidak sempat hendak mengelak.
Menurut Zulfadli, insiden itu berlaku dengan cepat dan apabila sedar dia nampak rakan basikal lain yang tidak dikenalinya bergelimpangan dan ada di antaranya meninggal dunia.
Akibat kejadian itu, Muhammad Zulfadli patah kaki kanan.
Sementara itu, mangsa yang turut terselamat Muhamad Farhan Che Mat, 16, dari Taman Desa Cemerlang sedang menunggu rakannya di lokasi kejadian untuk ke Dataran Bandaraya.
"Nampak kereta laju, tak sempat nak elak, terus rasa gelap.
"Saya sedar apabila ada orang tolong, ketika itu tidak rasa sakit, apabila dah sampai hospital baru rasa sakit," katanya.

Dia yang tidak bersekolah mula bermain basikal sejak umur 12 tahun mengalami patah kaki kanan.


Isteri Terkejut Malam Pertama. Senjata Suami Seperti ULAR ANACONDA !


AFRIKA SELATAN: Bulan madu seorang suami yang sepatutnya memberi kebahagian buatnya bertukar tragis selepas dia dicederakan oleh isterinya gara-gara wanita berkenaan terkejut melihat alat sulitnya yang disifatkan terlalu besar seperti timun.

Wanita terbabit, yang tidak didedahkan identitinya terkejut selepas pertama kali melihat alat sulit suaminya ketika bulan madu bertindak memukul kepala pasangannya, Mnombo Madyibi, 32, menggunakan botol minuman keras sehingga mengakibat kecederaan.

Menurut laporan media antarabangsa, wanita tersebut menggambarkan zakar suaminya seolah panjang seperti timun, berbulu dan menakutkan seperti 'semak'.

Madyibi, yang digelar sebagai ‘anaconda’ oleh rakan pasukan bola sepaknya selepas mereka melihat alat sulitnya di bilik persalinan berkata, hubungan intim dia dan isteri mulanya berlaku dalam keadaan baik pada malam itu.

Namun menurut Madyibi, segalanya berubah selepas dia menanggalkan seluar dalam mengakibat isterinya seolah trauma dan berada dalam ketakutan, lapor Daily Star, semalam.

Akibatnya, isteri Madyibi telah bertindak memukulnya dengan botol minuman, menggigit telinga dan meramas alat sulitnya.

“Dia memukul saya dengan botol minuman keras dan cuba untuk melemaskan saya menggunakan anak patung beruang bewarna merah dan putih yang dihadiahkan oleh saya kepadanya,” katanya.

Jeritan isteri Madyibi yang ‘terkejut’ melihat zakar suaminya itu turut didengari tetamu lain yang turut menginap di hotel sama, di sini.

“Saya rasa dia marah kerana saya hanya mampu membawanya berbulan madu di tempat murah dan bukan seperti yang diidamkannya di Zanzibar,” kata Madyibi, dipetik sebagai berkata.

Sementara wanita terbabit yang pertama kali berjumpa dengan suaminya di gereja pada tahun lepas berkata: “Dia (Madyibi) mempunyai saiz zakar yang besar – panjang seperti timun, berbulu dan menakutkan.”

“Saya hanya menamparnya di pipi,” dakwanya.

Pasangan tersebut tidak mahu memanjangkan insiden tersebut dan bersetuju untuk menghadiri kaunseling bagi mengatasi ‘masalah’ mereka.

“Saya hanya biasa mendengar mengenai pembesaran saiz zakar, dan bukannya mengecut,” tambah Madyibi.


"Mak, Ayah Kat Mana, Hari-Hari Adik tunggu Ayah Peluk Adik"

DUNGUN - Luluh hati seorang ibu apabila anak kecil berusia tiga tahun yang masih tidak mengerti apa-apa sering bertanyakan tentang arwah bapanya.


Siti Maisarah Che Yusof, 34, berkata, suaminya, Anis Fajre Awang, 46, terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kelantan ketika mengikuti konvoi bermotosikal ke Pulau Pinang pada 26 Januari lalu.

Katanya, dia masih terkejut dengan musibah yang menimpa tetapi perlu kuat demi empat anaknya.


"Saya ada empat anak berusia 8 bulan hingga 17 tahun.
"Anak yang besar dah faham tentang perkara ini dan yang kecil memang tak tahu apa-apa," katanya.
Katanya, walaupun mereka melihat sendiri arwah bapa dikebumikan tetapi salah seorang anak, Mohd Hasif selalu tanya seolah-olah menunggu kepulangan bapanya itu.
"Paling menyentuh perasaan bila anak lelaki berusia tiga tahun selalu tanya abahnya. Dia kata abah tidur dalam van masjid. Dia tahu kubur abahnya tapi masih tak faham apa yang terjadi.
“Memang dia sangat rapat dengan arwah abahnya dan sekarang dia tidur akan berselimut dengan kain pelikat abahnya,” katanya pada Majlis Penyerahan Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat oleh Perkeso di rumahnya di Kampung Tanah Lot, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun (MPD) Mohamad A Rahman sebagai wakil majikan kepada arwah Anis Fajre yang juga salah seorang kakitangan MPD.

Siti Maisarah berkata, walaupun berat dugaan yang diterima dia perlu kuat dan pada masa sama bersyukur dengan faedah diterima daripada Perkeso yang akan dimanfaatkan untuk pendidikan anak-anak.
“Saya bekerja di sebuah bank di Kuantan dan setiap hujung minggu akan pulang bersama anak-anak di sini.
“Sebelum arwah meninggal memang tiada sebarang perubahan pelik yang ditunjukkan dan dia memang minat mengikuti konvoi bermotosikal.

“Bayaran faedah dan pencen yang diterima akan digunakan untuk masa depan anak-anak. Kami sekeluarga berterima kasih kepada Perkeso,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Dungun, Ariff Rani berkata, hasil semakan, arwah pernah mencarum dengan Perkeso sejak 2000 hingga 2007 sebelum diserap ke jawatan tetap di MPD.
“Waris arwah layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM1,500 dan faedah pencen penakat.
“Balu juga akan menerima pencen seumur hidup, manakala anak-anak akan menerima pencen sehingga umur 21 tahun,” katanya.




Friday, 17 February 2017

Baru Ja Dilepaskan. Akhirnya MAT TERE BUAT PENGAKUAN Yang Sangat MENGEJUTKAN !


KOTA BHARU - "Abe Azam, kita tak se (tak mahu) buat dah, kita janji dengan Abe Azam," luah Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau terkenal dengan nama jolokan 'Mat Tere'.
Mat Tere mengulangi janji itu berkali-kali kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohammad Azam Ismail yang kini dirawat di Hospital Pakar Kota Bharu (KBMC), hari ini.



Hadir dalam keadaan sayu, sebaik sahaja melangkah ke bilik rawatan, Mat Tere segera menerpa Mohammad Azam setelah tahu Ketua Pemuda Umno Ketereh itu sakit.
/6273129/SH_D_Kelantan_InArticle_OOP

Mereka kemudiannya berpelukan dalam suasana hiba, sambil kedua-duanya menangis.
Mohammad Azam dimasukkan ke hospital tersebut sejak tiga hari lalu setelah disahkan mengalami jangkitan kuman.

"Apa yang berlaku kepada Mat Tere banyak memberi pengajaran kepada orang ramai, dari seorang kurang upaya (OKU), dia sebenarnya terperangkap dalam situasi berkenaan.
"Mat Tere beritahu dia pun tidak diapa-apakan semasa ditahan polis, malah semuanya memberi layanan yang baik,"-katanya kepada Sinar Harian.


Beliau menghargai semua mereka yang terlibat dalam usaha membantu membebaskan Mat Tere sebelum ini


SAH ! Penerima BR1M WAJIB TAHU PERKARA ini!! IINILAH PUNCA SEBENAR KENAPA BR1M ANDA BELUM MASUK !! Hadam Betul Betul. Jangan pulak nanti marah Bank ok! .


KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai  (18 Februari).
Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.
Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini.  
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Menurut Najib sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.
BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama  enyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.


Bagi BR1M tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. –Bernama


Kuasa Allah. Ibu Kucing Mengalirkan Air Mata tengok Anak Disembelih Putus Kepala. Tapi Selepas itu.Keajaiban Berlaku.....


"Ibu kucing tu seakan menangis..betul-betul menangis..ya, ianya cuma binatang namun masih punya naluri sebagai ibu..bayangkan depan mata, dua ekor anaknya ditikam dan disembelih hingga kepala hampir putus.."
Allahuakbar..Ibu Kucing Mengiau Tanpa Henti Seakan Menangis Lihat Anaknya Ditikam dan Disembelih Putus Kepala Depan Mata !

Beberapa keping gambar yang sangat menyedihkan di mana seorang ibu kucing berkabung di atas kematian kedua anaknya yang dibunuh dengan kejam di cina.
Salah seekor anaknya maut di tikam,seekor lagi hampir putus kepala dipercayai di sembelih.Mayat kedua anak kucing tersebut ditemukan oleh seorang perempuan tua yang telah menjaga kucing tersebut setelah kehilangan tempat tinggal di bandar Xian selama bertahun.
Difahamkan Wanita tua tersebut bernama Young Sering memberikan makanan dan menyediakan kotak pada kucing itu ketika ia menemukannya.
Akan tetapi penduduk ditempatnya tidak semua mencintai kucing,kebanyakan mereka takut dengan kucing terbiar karena membawa penyakit dan perosak.
Puan Young meninggalkan kucing itu di dalam kotak sekitar jam 07:00 Apabila dia kembali lima jam kemudian ia menemui dua anak kucing yang baru saja membukak mata itu dengan keadaan sangat memperihatinkan




Manakala si ibu hanya mampu mengigau tidak henti henti seolah menangisi kematian anak anaknya dan enggan untuk meninggalkan anaknya


MasyaAllah. Kasihannya Bayi ini. Ramai Ibu yang Masih Tak Tahu Penyakit Kulit yang BAHAYA sekarang ni.


"Mula-mula kulitnya gatal-gatal..lama kelamaan, sy tgk kulitnya rapuh dlm keadaan yg sgt teruk..sy risau, doktor beritahu mungkin ususnya akn terkena jangkitan yg sama..tolong ibu bapa, waspada dan sebarkan hal ini kpd semua ibu bapa di Malaysia secepat yg mungkin.."

Bayi Derita Hidap Penyakit Kulit yg Ngeri, Ibu Bapa Diminta Sebarkan Info Tentang Penyakit Pembunuh Bayi No 1 di Dunia

Mengenal EB Penyakit Pembunuh Bayi Paling Digeruni Epidermolisis Bulosa ( EB ) yang ditemukan pertama kali oleh Koebner pada tahun 1886, merupakan suatu penyakit pembunuh bayi paling digeruni.

1.EB ialah perkataan payung yang merangkumi sekumpulan penyakit kulit yang di warisi
disebabkan oleh kejadian kulit yang lemah dan rapuh. Seseorang yang mempunyai penyakit
EB, lepuhan air akan terbentuk pada kulit dengan hanya trauma yang kecil, seperti geseran,
gosokan, garu atau tape pelekat.
Pada kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan
seperti saluran esofagus atau usus.
Kanak-kanak yang mempunyai EB dikenali sebagai “ kanak-kanak rama-rama”, kerana kulit
mereka yang sangat rapuh, sama seperti sayap rama-rama.
2. APAKAH PENYEBAB EB?
Kulit mempunyai 2 lapisan, iaitu lapisan luar (epidermis) dan lapisan dalam (dermis).
Lapisan antara epidermis dan dermis dipanggil zon perantara. Kedua –dua lapisan
epidermis dan dermis terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit (contohnya kolagen 7,
kolagen 17, keratin 5, keratin 14, plektin dan sebagainya). EB terjadi apabila salah satu
protein kulit ini berkurangan atau tidak langsung. Ketiadaan protein kulit adalah disebabkan
kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit tersebut.

3. ADAKAH EB PENYAKIT YANG DIWARISI?
Ya, EB adalah penyakit yang di warisi.
Ia disebabkan oleh gen yang rosak. Dalam kebanyakan kes, EB diwarisi daripada ibu atau
bapa atau kedua-dua sekali. Namun, kadang-kadang kerosakan gen boleh berlaku secara
spontan. Jenis-jenis warisan sama ada secara “autosomal dominant” atau “autosomal
recessive”.
Untuk jenis “autosomal recessive”, kedua-dua ibu bapa tiada EB namun si anak mendapat
EB. Ini berlaku apabila kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen yang rosak. Apabila kedua
ibubapa adalah pembawa gen yang rosak, risiko untuk anak mewarisi gen yang rosak itu
adalah 25%.
Manakala, untuk jenis “autosomal dominant”, hanya satu gen yang rosak diperlukan untuk
menyebabkan penyakit EB. Ini bermaksud hanya ibu atau bapa yang menjadi pembawa gen
rosak . Risiko untuk anak mendapat EB adalah 50%.
Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai EB, atau pembawa gen yang rosak, ujian
ke atas bayi dalam kandungan boleh dilakukan seawal umur kandungan 11 minggu.
4. ADAKAH PENYAKIT EB SERING DITEMUI?
Mengikut statistik antarabangsa, jumlah EB di seluruh dunia adalah 5-10 orang bagi setiap 1
juta penduduk.
Di Malaysia, dengan jumlah penduduk seramai 30 juta, dianggarkan terdapat 150-300 orang
menghidapi EB. Sehingga kini, hanya terdapat 60 pesakit EB di seluruh Malaysia
berpandukan registri EB kebangsaan (DEBRA Malaysia).
5. APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT EB?
Tanda atau simptom EB bergantung pada tahap keterukan kadar kerapuhan kulit serta
penglibatan organ-organ dalaman. Ia boleh berlaku secara sedikit (mild) hingga teruk
(severe).
Tanda utama penyakit EB adalah lepuhan air yang menyakitkan. Lepuhan ini kadangkala
menganggu rutin harian serta aktiviti di rumah atau di sekolah. Kebiasaanya, simptom ini
bermula sejak dilahirkan. EB boleh terjadi pada sesiapa sahaja tidak mengira jantina,
bangsa atau kaum etnik.
Untuk EB jenis yang sedikit (mild), lepuhan air tidak akan terjadi sehingga bayi itu mula
merangkak, berjalan atau melakukan aktiviti yang lasak seperti geseran pada kaki. Untuk
jenis EB yang teruk (severe), lepuhan air terjadi pada seluruh badan, secara spontan atau
hanya dengan trauma yang sangat minima.
Selain kulit, lepuhan air boleh terjadi pada organ dalaman seperti esofagus, perut dan
saluran pernafasan. EB yang teruk boleh menyebabkan kecacatan dan kematian sebelum
umur 30 tahun. Malah, ada jenis EB yang teruk menyebabkan kematian pada peringkat bayi.
6. BAGAIMANA PENYAKIT EB BOLEH DISAHKAN?
Biasanya bersandarkan pada tanda dan simptom, serta terdapat lepuhan air pada kulit.
Pengesahan penyakit EB juga boleh disokong dengan adanya sejarah penyakit EB di dalam
keluarga.
Untuk menentukan jenis-jenis EB, contoh atau sampel kulit diambil untuk pemeriksaan.
Pengambilan sampel darah juga adalah perlu untuk menentukan jenis kerosakan atau
mutasi pada gen.
Jika terdapat apa-apa keraguan, sila menghubungi pakar dermatologi di klinik yang terdekat

7. BAGAIMANA EB DIRAWATI?
Buat masa ini, tiada ubatan atau rawatan spesifik untuk EB.
Rawatan penyakit ini bertumpu kepada pencegahan kulit daripada kecederaan serta
pembentukan lepuhan, kawalan kesakitan, penyembuhan luka, pencegahan jangkitan,
pemakanan yang seimbang serta sokongan psikososial pada pesakit dan keluarga.
Sekumpulan doktor-doktor dari pelbagai disiplin (perubatan, dietetik, bedah, gigi, psikologi,
sakit dan sokongan social – DEBRA) akan membantu untuk mendapat rawatan terbaik untuk
anak anda serta khidmat nasihat untuk melalui kehidupan dengan EB.
Kebanyakan rawatan boleh dibuat dirumah melalui kaunseling dan latih tubi, seperti memecahkan lepuhan air
dengan jarum yang steril, penggunaan kain pencuci khas dan mengelakkan perkara-perkara
yang membuat keadaan kulit menjadi lebih teruk, seperti mengurangkan geseran
disebabkan oleh kain lampin serta semasa merangkak.
Ubat-ubatan boleh di gunakan untuk merawat jangkitan kuman atau mengurangkan
kesakitan. Pembedahan boleh dilakukan sekiranya penyakit EB menyebabkan saluran
esofagus menjadi sempit atau masalah dengan tangan.
8. APA ITU DEBRA MALAYSIA?
Persatuan Kebajikan Epidermolysis Bullosa Malaysia or Dystrophic Epidermoysis
Bullosa Reasearch Association Malaysia ( DEBRA Malaysia ) adalah badan kebajikan
yang ditubuhkan pada 2014 ( Reg.No.PPM-001-14-10062014 ).
Dengan kerjasama antara pakar-pakar dermatologi, pesakit-pesakit EB dan ahli keluarga
pesakit EB dari seluruh Malaysia, DEBRA Malaysia bertujuan bertindak sebagai badan
untuk berkongsi maklumat tentang pengurusan EB serta memberi sokongan psikososial
kepada pesakit EB.


Thursday, 16 February 2017

TERKINI: ANDA GAGAL DAPAT BR1M? 6 PUNCA UTAMA ANDA GAGAL DALAM PERMOHONAN BR1M.. Ambil Perhatian. Harap Lepas ni Tak Ada lagi Kes sebegini. Kasihan kt orang susah.

Anda sudah menyemak status terkini e-BR1M 2017 ?  Proses pembayaran akan bermula pada bulan Februari 2017. Sila rujuk gambar di bawah.
Jadual Pembayaran BR1M 2017
Sesiapa yg belum lagi menyemak status terkini mereka di website e-BR1M 2017, boleh rujuk proses semakan seperti gambar di bawah.
Andai kata permohonan anda tidak berjaya, mungkin beberapa faktor boleh dilihat seperti rajah di bawah.
Sila Klik Di Sini Utk Semakan BR1M 2017