Friday, 26 August 2016

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..

Pendakwah ter­kenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Selain beliau katanya, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu bapa pelajar.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang me­nulis komen di Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu tersebut.

Terdahulu, Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang pen­ceramah bebas, beliau semema­ng­nya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,” katanya.



Dah Agak Dah!! Ini punca Sebenar Remaja 18 Tahun Sanggup Nikah Dengan pasangan Berusia 42 Tahun pAsti Korang Terkejut Besar..Rupanya Dah Ter....

Dah Agak Dah!! Ini punca Sebenar Remaja 18 Tahun Sanggup  Nikah Dengan pasangan Berusia 42 Tahun pAsti Korang Terkejut Besar..Rupanya Dah Ter....

SABAH - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berkahwin dengan pasangannya yang berusia 42 tahun, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Gambar pasangan berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular seperti Rizal Hakimm, Pen Hitam Dot Com, Tulun Sabah, dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah, itu menjadi trending di media sosial sejak petang semalam.  

Ramai netizen mengucap tahniah dan tidak putus-putus mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak. 

"Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat," kata netizen. 

Ada segelintir netizen menjadikan perkhabaran itu sebagai bahan lawak mereka. Kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Tidak kurang juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda. 

Bagaimanapun, dakwaan mereka itu dibidas oleh netizen yang lain. 

"Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda," tegur Udin Santoren. 

"Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang." kata Wazna Tie.

"Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya," kata Scissorz Fitz


Thursday, 25 August 2016

Hubungan Sebenar Adi Putra Dengan Asha Af 2016,,,Adi Putra Memberi Sokongan Sepenuh Jiwa Kepada Asha...Amboi!! Yang Baru Pulak ke

Hubungan Sebenar Adi Putra Dengan Asha Af 2016,,,Adi Putra Memberi Sokongan Sepenuh Jiwa Kepada Asha...Amboi!! Yang Baru Pulak ke

Bukan main lagi pelakon Adi Putra dalam memberi sokongan sepenuh jiwa pada salah seorang peserta program Akademi Fantasia 2016.. Nak kata Adi terkena demam AF2016, macam pelik juga..

Sebab jarang kita dapat tengok artis akan memberi sokongan seperti yang dilakukan oleh Adi pada peserta AF.. Setakat sukakan suara dan minat peserta itu, artis tu akan mempromosikan peserta AF di laman sosial dan minta peminat untuk undi peserta tersebut..

Tapi tindakan Adi yang dilihat seperti terkena ‘demam’ AF2016 buatkan peminat tertanya.. Bukan setakat minta peminatnya untuk mengundi salah seorang peserta AF2016 yang dikenali sebagai Asha.. Malah, Adi juga sanggup memuat naik gambar dirinya memegang sepanduk yang tertera nama Asha..

Aikk, pelik.. Adi dengan Asha ni ada apa-apa ke?? Rata-rata peminat merasakan Adi mungkin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Asha, sebab itu sanggup meminta peminat mengundi peserta tersebut..

Kalau tak ada hubungan kekeluargaan memang susah la peserta AF nak dapat sokongan dari artis.. Mungkin Asha ni adik-berdaik Adi kot…

Tapi ada seorang peminat merasakan Asha tak memiliki suara yang merdu kalau nak di bandingkan dengan peserta lain..

Tapi kalau dah dapat sokongan dari Adi dan juga undian dari peminat Adi, suara peserta yang tak sedap pun boleh menang program Akademi Fantasia 2016, ye dak??


VIDEO: TERJAWAB!! Rupanya Ini Punca Sebenar Lan Pet-Pet BENGANG Dan BERGADUH Dengan Penguatkuasa Ni !Minit Ke 0.45 Sangat Jelas Lan....

VIDEO: TERJAWAB!! Rupanya Ini Punca Sebenar Lan Pet-Pet BENGANG Dan BERGADUH Dengan Penguatkuasa Ni !Minit Ke 0.45 Sangat Jelas Lan....


Selangor - Kekecohan antara Lan Pet Pet dan Penguatkuasa MPSJ apabila tayar keretanya di "clamp" sedangkan dia parking kejap saja dan ada isteri dalam kereta. 

Tetapi akhirnya semua selesai cara elok. Baguslah tu. Tahniah semua. .

Lokasi : Hadapan Pejabat TNB Subang


Selepas 10 Hari Di Culik,,Akhirnya Adik Amirul Telah Di jumpai,, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

Selepas 10 Hari Di Culik,,Akhirnya Adik Amirul Telah Di jumpai,, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

Kuantan: Kanak-kanak lelaki, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, yang dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu ditemui selamat namun tidak bermaya selepas ditemui di rumah seorang wanita di Lorong Mat Kilau, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Mirul ditemui anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama sehingga menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan ibu kanak-kanak berkenaan, Mime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu.


6 FOTO: Mohon Jangan Pergi Bukit Bintang SEKARANG, Kemalangan Yg Sgt NGERI Baru Berlaku Sebentar Tadi !

6 FOTO: Mohon Jangan Pergi Bukit Bintang SEKARANG, Kemalangan Yg Sgt NGERI Baru Berlaku Sebentar Tadi !

Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli-belah Pavilion, kira-kira 7 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 malam.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.




Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tiga sekeluarga maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera dalam kejadian amuk lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Beliau berkata, dua lagi mangsa wanita berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu manakala seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim ditahan polis di masjid di Bukit Rambai, kira-kira 11 pagi tadi.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid terbabit.

Suspek kemudiannya ditemui bersembunyi dalam masjid dengan berjubah biru.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, tiga sekeluarga termasuk suami isteri berusia 70 dan 62 tahun maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Ini Punca Sebenar Misha Omar Tak Berani Tunjuk Gambar Anak Sulungnya Yang Baru Dilahirkan Buat Korang Terkejut Besar...Rupanya Anak Misha Tak...

Ini Punca Sebenar Misha Omar Tak Berani Tunjuk Gambar Anak Sulungnya Yang Baru Dilahirkan Buat Korang Terkejut Besar...Rupanya Anak Misha Tak...Cukup Bulan Dan Tak Sihat

Bersabar la Misha,,Setiap Ujian yang Berlaku Ada Hikmahnya...

Penyanyi Misha Omar berjanji untuk memperkenalkan anak sulungnya kepada peminat selepas bayi tersebut sihat sepenuhnya.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, berkata, buat masa ini bayi lelakinya itu masih dalam pemantuan doktor berikutan ia dilahirkan tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan sebenar.

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 10.20 malam tadi, ia tiga minggu awal daripada tarikh yang doktor jangkakan.

"Anak saya sekarang berada dalam keadaan sihat cuma masih dalam pemantauan doktor kerana tidak cukup bulan.

Misha dan Firros berkahwin pada 2 Mei 2014.

"Insya-Allah saya akan memperkenalkannya kepada umum selepas doktor mengesahkan dia betul-betul sihat," ujarnya kepada mStar Online.
Bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Censelor Tunku Muhriz (HCTM), di sini, malam Rabu.

Penyanyi Pulangkan itu mengalami pendarahan selepas penggambaran muzik video lagu duet bersama Adibah Noor yang diadakan di Morib, Selangor petang Rabu.

Tambah Misha, pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar membawanya terus ke hospital kira-kira pukul 10 malam selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

"Alhamdulillah semuanya berlaku dengan pantas dan yang penting semua selamat," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang bercuti daripada kerjaya nyanyian, Misha berkata, dia akan melalui proses tempoh pantang sebelum menyambung aktiviti seninya semula.

"Kerjaya nyanyian saya diteruskan selepas berpantang, sebab ini anak yang ketiga saya biarpun pertama yang saya lahirkan sendiri," ujarnya.

Misha berkahwin dengan juruterbang Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.


Wednesday, 24 August 2016

Doktor Dedah Punca Sebenar Anak Ifa Raziah Terkena Jangkitan Pada Alat Sulit Nya...Budak2 Lagi Dah Pandai Buat Perkara Macam tu...

Doktor Dedah  Punca Sebenar Anak Ifa Raziah Terkena Jangkitan Pada Alat Sulit Nya...Budak2 Lagi Dah Pandai Buat Perkara Macam tu...



 Gara-gara lupa memakai seluar dalam, bahagian sulit anak kepada penyanyi Ifa Raziah, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 11, cedera ketika bermain badminton Sabtu lalu. 


Ifa berkata, pada mulanya beliau tidak berasakan kecederaan itu terlalu serius, justeru hanya membawa anaknya ke klinik. 


Bagaimanapun bahagian berkenaan terus membengkak dan sakit sehingga kanak-kanak lelaki berkenaan terus dibawa ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini. "Doktor mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. 


Tak sangka pula ia kecederaan yang serius. "Rupa-rupanya doktor memberitahu, kanak-kanak lelaki terutamanya tidak boleh bersukan tanpa memakai seluar dalam kerana ia boleh mengganggu bahagian sulit mereka," katanya ketika dihubungi 

DOKTOR mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. Testicular Torsion berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau 'twisted'. 


Berikutan buah zakar terpulas, ia mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, menyebabkan bahagian itu membengkak dan meradang, yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan. 


Sementara itu, Ifa berkata, beliau lega apabila doktor memberitahu penyakit anaknya itu masih boleh diubati dan akan pulih seperti biasa. 


"Risau juga kalau dia mandul. Maklumlah, dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada dan ia juga berkaitan dengan masa depannya. 


"Apa-apapun saya lega apabila diberitahu Aqili akan pulih seperti biasa. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa mengingatkan dia untuk menjaga diri," tuturnya.




Ramai Tak Tahu ! Rupanya Ini Perkerjaan DLCW Selain Dari Bermain Badminton ! Patutlah Kaya GILA !

Ramai Tak Tahu ! Rupanya Ini Perkerjaan DLCW Selain Dari Bermain Badminton ! Patutlah Kaya GILA !

ATAS kesungguhannya yang tidak mengenal erti kekalahan, kejayaan dalam dunia badminton akhirnya terbalas apabila membawa pelbagai kejuaraan dan hadiah wang lumayan kepada pemain kesayangan negara ini.

Manakala di luar gelanggang, namanya kerap jadi sebutan. Beliau diminati oleh jutaan peminat di dalam dan di luar negara. Bagi syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Itulah anugerah dan hasil usaha yang diraih oleh Lee Chong Wei. Biarpun sebagai pemain badminton, Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam dunia korporat. Tidak mustahil suatu hari nanti, setelah meninggalkan lapangan badminton, beliau akan bergelar pula sebagai seorang tokoh korporat yang berjaya di negara kita.

Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Bagi peminat badminton di sekitar Lembah Klang, kompleks sukan ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Bagi kenalan rapat Chong Wei, mereka sudah lama mengetahui beliau cukup gemar membeli kereta mewah sebagai koleksi peribadinya. Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang dimiliki Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe,

Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1, dengan harga kesemua kereta ini bernilai jutaan ringgit setiap sebuah.

Selain itu, satu lagi barangan yang digemari Chong Wei ialah jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.

Akhbar Dongguan Shibao dari China sebelum ini pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pastinya ramai akan terperanjat apabila melihat koleksi kereta yang disimpannya. 

Pelantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayarannya yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya termasuk Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Pasukan bola tampar wanita China disambut meriah

Rombongan atlet Olimpik China tiba di lapangan terbang Beijing, semalam, dengan pasukan bola tampar wanita menerima tepukan paling gemuruh oleh ribuan peminat.

Pada Sukan Olimpik di Rio de Janerio, Brazil, pasukan bola tampar wanita China mempamerkan prestasi mantap dengan meraih pingat emas mengalahkan Serbia pada perlawanan akhir.

Sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan, nama pemain-pemain utama mereka dijerit oleh peminat dan tidak kurang pula yang cuba mendekati mereka untuk merakamkan gambar.

Difahamkan, pemain-pemain bola tampar wanita China ini kini seolah-olah menjadi bintang filem kerana mereka bukan sahaja cekap dan cergas di gelanggang, malah yang menjadi tarikan peminat ialah raut wajah mereka yang cantik seperti pelakon filem.

Kawalan ketat menjelang mesyuarat G20
Menjelang mesyuarat G20 yang akan diadakan di Hangzhou, China dari 4 - 5 September depan, pihak berkuasa kini mengadakan kawalan keselamatan paling ketat di sekitar bandar berkenaan.

Menurut akhbar di Hangzhou, semua kenderaan yang ingin memasuki bandar berkenaan diwajibkan berhenti untuk membenarkan pihak polis mengadakan pemeriksaan.

Selain itu, setiap individu dalam kenderaan dan semua beg dan barang yang dimasukkan ke dalam kenderaan mereka juga diperiksa dengan teliti.

Sebelum ini, pihak berkuasa China telah mengumumkan semua pejabat kerajaan dan syarikat swasta Hangzhou akan diarahkan tutup dari 1 hingga 7 September bagi memastikan mesyuarat G20 itu berjalan dengan lancar.



Alhamdulillah!!! Scha Alyahya Mengandung Lagi,,,Tahniah... Yeay,,Lara Dapat ADIK!!!

Alhamdulillah!!! Scha Alyahya Mengandung Lagi,,,Tahniah... Yeay,,Lara Dapat ADIK!!!

Pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini sudah bergelar ayah dan ibu kepada bayi yang lahir tanggal 22 Julai 2014 di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur. 

Bayi yang bernama Lara Alana ,kini sudah hampir 2tahun.Lara Alana juga harta kesayangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang telah menceriakan suasana keluarga kecil mereka.

Tapi tak kan Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak mahu timang anak lagi buat adik untuk anak sulungnya Lara Alana ??

yang mengejutkan Awal berkata " siapa tak mahu kan , so saya mohon peminat2 saya dan Scha berdoa semoga kami dikurniakan anak lagi untuk teman Lara Alana".


WOW!!((GAMBAR)) KONDO MEWAH 1.5 JUTA UNTUK DATUK LEE CHONG WEI

WOW!!((GAMBAR)) KONDO MEWAH 1.5 JUTA UNTUK DATUK LEE CHONG WEI

Beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkunjung ke bilik pameran di Cheras untuk meninjau peluang pelaburan dalam kediaman kondominium.

Sekarang, pemaju hartanah yang ditemui Chong Wei, Orando Holdings mahu menghadiahkan sebuah unit bernilai RM1.5 juta kepada pemain badminton berusia 32 tahun itu di atas sumbangannya kepada sukan negara.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

"Pada masa ini, kita tidak mempunyai gelanggang badminton di kondominium. Mungkin kita akan minta arkitek untuk membina sekurang-kurangnya satu gelanggang yang kita boleh namakan sempena Datuk Lee Chong Wei," kata Pengarah Urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun.


TERKINI!!! Kenyataan Suspek Bunuh Adik Noor Amila Edrus MENGEJUTKAN Makhamah!!Bongkar Segala.....

TERKINI!!! Kenyataan Suspek Bunuh Adik Noor Amila Edrus MENGEJUTKAN Makhamah!!Bongkar Segala.....

Kuala Lumpur : Abang ipar tiri kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham yang ditemui mati Khamis lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh mangsa berusia lima tahun itu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang juga mekanik, Norhamid Nor Muhamad, 26, yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju kemeja berwarna kuning kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak lelaki itu pada 5.30 pagi, 12 Ogos lalu di bengkel kereta di Blok C, Lorong 5/16C, Kawasan Perumahan Awam, Jinjang Utara, Sentul.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar menunaikan solat Maghrib di Surau Al Hijrah di Jinjang Utara, di sini.

Selepas seminggu usaha dijalankan, kanak-kanak itu ditemui mati di dalam gaung di Kampung Kemensah, Hulu Klang.


Tuesday, 23 August 2016

Mengapa Umat Islam Mengelilingi Ka’bah? Inilah Jawapan Dr Zakir Naik Buat Penonton Terkejut Besar

Mengapa Umat Islam Mengelilingi Ka’bah? Inilah Jawapan Dr Zakir Naik Buat Penonton Terkejut Besar

Dr.Zakir Naik adalah nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. 

Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.

Di dalam setiap ceramahnya sudah pasti banyak persoalan-persoalan diajukan kepadanya. Apa yang menarik kali ini penulis ingin berkongsikan dengan pembaca semua mengenai persoalan “Mengapa Umat Islam mengelilingi Ka’bah? Mari kita lihat jawapan dari Dr.Zakir Naik ini.

Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik, mengapa umat Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan ilmiah dan logik disebaliknya?

Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka’bah?”
Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.

Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?

Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam menyembah Ka’bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan secara ilmiah.
Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.

Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an:
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)
Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka’bah.

Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.
Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.

Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah masih tetap berada di tengah-tengah.
Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah dan Ka’bah adalah kiblat.

Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi ka’bah. Kenapa kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.

Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.

Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.
Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.

Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah.


WOW!! INILAH GANJARAN MEWAH YANG DI PEROLEH AZIZULHASNI AWANG BUAT ATLIT LAIN CEMBURU...

WOW!! INILAH GANJARAN MEWAH YANG DI PEROLEH AZIZULHASNI AWANG BUAT ATLIT LAIN CEMBURU...

Berita gembira buat Azizulhasni Awang.

Nike telah menandatangani Azizulhasni Awang dengan perjanjian seumur hidup, laporan ESPN Darren Rovell.

Kontrak itu adalah perjanjian tunggal atlet terbesar dalam sejarah 46 tahun Nike. Ia juga menandakan kali pertama bahawa Nike secara rasmi diberikan perjanjian seumur hidup.

Azizulhasni Awang 28-tahun, yang hanya mengambil pingat gangsa dalam acara keirin lelaki ‘di Rio Sukan Olimpik 2016, dilaporkan mendapat tawaran sebanyak $30 juta setahun.

Menurut Rovell, perjanjian baru Azizulhasni itu “dengan mudah melepasi ” 10 tahun , $300 juta perjanjian Kevin Durant ditandatangani dengan Nike pada tahun 2014 .


Azizulhasni akan mempunyai pakaian tandatangannya sendiri dengan Nike dan dijangka memakainya untuk semua pertandingan. Majalah Forbes meramalkan jualan tahunan lebih daripada $ 340,000,000 daripada perjanjian disesuaikan Azizulhasni ini setiap tahun. 

Individu:

Emas – RM1 juta
Perak – RM 300 ribu
Gangsaa – RM100 ribu
Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):

Emas – RM1 000 ribu setiap team
Perak – RM300 ribu setiap team (Pandalela & Jun Hong menang yang ni lah)
Gangsa – RM100 ribu setiap team
Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:

Emas – RM150 ribu setiap ahli
Perak – RM40 ribu setiap ahli
Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

Emas – RM5000 sebulan
Perak – RM3000 sebulan
Gangsa – RM2000 sebulan

Atlet-atlet kebangsaan yang memenangi pingat pada Sukan Olim-pik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bakal menikmati hadiah sebuah kereta Proton daripada DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) dengan kerjasama Proton Holdings Bhd. (Proton). 


Pemenang pingat emas akan menerima Perdana 2.0L manakala Suprima S 1.6L Turbo Premium bagi pingat perak dan Iriz 1.6 L Premium pula untuk pemenang pingat gangsa. 


Kereta tersebut akan diserahkan kepada pemenang-pemenang pingat selepas Sukan Olimpik Rio 2016 berakhir dan pulang ke Malaysia.  



TAHNIAH!!! PELAKON NAZIM OTHMAN DAN BELLA DALY AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA...

TAHNIAH!!! PELAKON NAZIM OTHMAN DAN BELLA DALY AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA MASA TERDEKAT

Kuala Lumpur: Pelakon Nazim Othman belum bersedia berkongsi tarikh pernikahannya dengan pelakon Bella Daly yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Nazim berkata, dia ada sebab tertentu untuk merahsiakan tarikh pernikahannya itu kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dulu sebelum berkongsi tarikh itu dengan pihak media dan peminat.

"Tarikh dan lokasi majlis pernikahan sudahpun ditetapkan tetapi saya belum bersedia untuk bercerita mengenainya lagi.

€œApabila semua urusan untuk majlis perkahwinan kami sudah selesai barulah saya boleh berkongsi dengan peminat dan media,€ katanya.

Ditanya mengenai majlis itu, Nazim berkata, ia akan berlangsung secara sederhana saja.

"Saya hanya mengundang mereka yang rapat dan kenal saya untuk datang pada majlis pernikahan nanti.


TERBARU!! AKHIRNYA TERBONGKAR SEGALA PERBUATAN ZILA BERSAMA LELAKI YANG SANGAT MENGEJUTKAN

TERBARU!! AKHIRNYA TERBONGKAR SEGALA PERBUATAN ZILA BERSAMA LELAKI  YANG SANGAT MENGEJUTKAN

Foto Smule isteri kepada Along Cham, Zila Seeron bersama seorang lelaki separuh bogel tersebar.

Astro Gempak telah menerima paparan skrin sekeping gambar dengan kapsyen 'kantoi lagi picsseparuhbo-gel zila dan bf' dan foto tersebut telah tersebar di laman sosial Facebook bermula petang ini.

Menerusi pemerhatian , lelaki itu sering berduet dengan Zila di aplikasi smule sebelum ini.

Malah mereka juga berkomunikasi dengan menggunakan kata ganti nama 'auntie' dan 'uncle'.

Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada pelakon dan pelawak yang dipercayai Zila ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik apartmen teman lelakinya, di Bukit Jalil ketika mereka ditangkap berkhalwat pada minggu lepas.

Usaha  mendapatkan komen Along mengenai perkara ini tidak berjaya kerana pelawak tersebut gagal dihubungi. 


BERAT BADAN TURUN 11KG, LISA SURIHANI KONGSI TIPS PALING MUDAH

BERAT BADAN TURUN 11KG, LISA SURIHANI KONGSI TIPS PALING MUDAH

Bukan mudah untuk kembali langsing terutama bagi wanita yang baru melahirkan anak dan perkara tersebut turut diakui pelakon Lisa Surihani.

Bagaimanapun menurut Lisa dia tidak pernah berputus asa walaupun berat badannya tidak turun selepas tempoh berpantang. 

Namun selepas beberapa bulan mengamalkan gaya hidup sihat, ibu kepada Yahaira Leanne ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram (kg).

Hasilnya berat badan Lisa kini turun ke 53 kg berbanding 64 kg sebelum ini.

Di bawah merupakan lima cara diamalkan Lisa untuk menurunkan berat badannya: 

1. Kawal Hidangan 

“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya  karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

2. Makan buah sebelum makan

“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara. 

"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

4. Air

“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

5. Supplement

“Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.


Sunday, 21 August 2016

AKHIRNYA BEKAS ISTERI BONGKAR SIKAP SEBENAR ALLY ISKANDAR SELEPAS DI CERAIKAN...MEMANG TAK SANGKA BETUL..

AKHIRNYA BEKAS ISTERI BONGKAR SIKAP SEBENAR ALLY ISKANDAR SELEPAS DI CERAIKAN...MEMANG TAK SANGKA BETUL..

Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.

"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," katanya.

Ally turut memohon maaf kerana tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginya selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial.

“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan," jelasnya.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.

“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.



Wajah Terkini Safiey Elias Selepas 4bulan Membuat Pembedahan Sgt Mengejutkan,,Tak Sangka Beliau Kembali....

Wajah Terkini Safiey Elias Selepas 4bulan Membuat Pembedahan Sgt Mengejutkan,,Tak Sangka Beliau Kembali Normal Macam Lelaki....

Mungkin anda pernah mendengar nama Safiey Illias, seorang usahawan muda yang sangat berjaya di dalam bisnes sehingga menjadi jutawan di usia muda.

Namun ramai juga yang tidak tahu, dia sebenarnya seorang 'Mak Nyah'.



Tapi semua itu dulu. Kini Safiey Illias sudah kembali ke pangkal jalan dan ingin berubah menjadi normal semula.



FESYEN AKHIR ZAMAN!! 8 GAMBAR BAJU IZZARA AISHAH DAN KILA FAIRY DI KLFW2016...FOTO NO4 DAH MACAM TAK PAKAI...

FESYEN AKHIR ZAMAN!! 8 GAMBAR BAJU IZZARA AISHAH DAN KILA FAIRY DI KLFW2016...FOTO NO4 DAH MACAM TAK PAKAI...







Surat Menyentuh Perasaan Lin Dan Buat Lee Chong Wei Adalah Palsu..Ini Penjelasan Sebenar Oleh...

Surat Menyentuh Perasaan Lin Dan Buat Lee Chong Wei Adalah Palsu..Ini Penjelasan Sebenar Oleh... -PU Rahmat

Viral di media sosial mendakwa pemain badminton China, Lin Dan telah menulis satu surat terbuka buat Datuk Lee Chong Wei selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir di Olimpik Rio, Jumaat lalu.

Namun, sebenarnya surat tersebut ditulis oleh peminat, Ruey Ping yang mengandaikan dirinya berada di tempat Lin Dan.

Kenyataan PU Rahmat

Menurut Abg Daniyal Kadir seorang Yang saya percayai,

Surat LIN DAN kepada Dato Lee Chobg Wei merupakan Surat Palsu yang direka Peminat Lin Dan.

Begitu mudah Rakyat malaysia ditipu melalui internet!

Dan itulah yang sering berlaku. Kita kurang menyelidiki perkara sebelum Menyebarkan. Hasilnya Emosi kita dipermainkan.

Ingat lagi kes Fatwa Pokemon Go Haram
Tak habis baca terus sebar. Malaysian Perlu belajar Selidik
Tabayyun.

Dan kepada yang bersetuju Tak da masalah pun surat Tu palsu pun dengan hujah surat tu Demi Kebaikan
Sebab surat tu telah menggamit Emosi dan membakar semangat!

Maka lahir kelompok Atau generasi yang menghalalkan cara demi matlamat

Tak pe tipu mak kau cakap pergi kelas tuisyen sebab nak pergi Main Badminton.
Main badminton kan Sihatkan tubuh badan.

Tak pe la ustaz tu tipu kutipan derma utk syiria walaupun duit tu sebenarnya untuk Pondok Tahfiz

Tak pe La pemimpin kita Tipu yang Malaysia Hilang duit Demi menjaga kedaulatan negara

Setuju?