Sunday, 31 July 2016

TAHNIAH!!AKHIRNYA FARA FAUZANA BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA DENGAN....

TAHNIAH!!AKHIRNYA FARA FAUZANA BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA DENGAN....

HOS dan bekas deejay popular, Fara Fauzana bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hatinya seorang usahawan dalam waktu terdekat.

Farah Fauzana dijangkakan mengumumkan khabar gembira itu hari ini menerusi sidang media khasnya.

Kad undangan telah dihantar kepada media Jumaat lepas.


Patut La Minta Cerai!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Isteri Along Cham Minta Cerai....Rupanya dah.....

Patut La Minta Cerai!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Isteri Along Cham Minta Cerai....Rupanya dah.....

Minggu lalu timbul cerita Along Cham failkan saman nusyuz terhadap isterinya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasi musim keempat, Zila Seeron, 28. Kini Along Cham, 33 sedia buka mulut perihal keluarganya walaupun selagi boleh dia ingin menutup aib keluarganya.  

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?" katanya.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mempunyai hak penjagaan terhadap anaknya berkata dia tak pernah melarang Zila berjumpa anaknya, Ahmad Danial. 

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.

"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," katanya.

"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya sebab dia menfailkan saman nusyuz kerana Zila keluar tanpa meminta izinnya. 



Pasangan Ini Jana Pendapatan RM20 Juta Dalam Masa 1 Tahun..Ini Caranya.....

Pasangan Ini Jana Pendapatan RM20 Juta Dalam Masa 1 Tahun..Ini Caranya.....

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa beringat bahawa rezeki setinggi mana pun bukanlah hak kita. Kita hanya menumpang rezeki Allah. Maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yang kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar orang lain faham bahawa tidak susah untuk senang dan begitu senang untuk susah.

Salah satu cara untuk menggandakan wang adalah melalui sedekah. Saya sendiri dahulu bersedekah tetapi tidak memahami konsep sebenar. Sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yang kuat bahawa wang kita sedang dilaburkan kepada benda yang lebih baik.

Ramai orang mempunyai pandangan perlu kaya dahulu sebelum bersedekah atau ayat cliche “aku pun cukup-cukup makan jadi bagaimana hendak sedekah”

Anda tersilap! Anak murid yang pernah belajar dengan kami selalu diberitahu bahawa kita sebelum minta apa-apa kepada Allah, kita beri dahulu. Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah.

Antara yang kami pernah lakukan ialah :

Sebelum memulakan sesuatu perancangan bisnes, mesti kita risau akan risiko. Jadi walau kami tidak tahu jalan kami pilih itu berjaya atau tidak, kami mulakan dengan kenduri dahulu. Apa-apa jenis kenduri sama ada kenduri besar hatta kecil sekalipun sekadar membeli pisang goreng untuk disedekahkan kepada jiran.

Kadang-kadang saya akan ambi semua duit jualan butik dan sedekahkan secara mengejut tanpa dirancang. Dalam fikiran saya, duit itu akan dilabur untuk saham yang lebih besar. Biarlah jualan hari itu mencapai puluhan ribu sekalipun. Ambil sahaja semua tanpa berfikir tentang untung rugi, terus sedekah.

Jika pergi ke kedai, jangan ambil baki. Kadang-kadang baki itu mungkin hanya 20 sen tetapi mungkin kerana ikhlas kita dalam bersedekah, baki akan berganda menjadi RM 20 ribu.

Apabila melihat peminta sedekah selalunya akan terdetik yang ini merupakan sindiket. Saya selalunya akan memerhatikan mereka dan kaji sama ada mereka benar-benar susah atau sindiket. Tetapi kalau peminta sedekah itu menjual sesuatu, saya akan beli banyak-banyak dan kemudian berikannya kepada orang lain. 

 sedeqah 
Selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan. Contohnya jika ada orang datang cuci laman rumah, saya akan bayar lebih daripada bayaran upah yang diminta kerana ingin bersedekah. 
Bantu orang tanpa meminta apa-apa bayaran. Contoh yang saya selalu buat, jika ada orang minta review di Instagram dan Facebook, mereka akan tanya berapa harganya. Tetapi saya akan menolak bayaran atauapun kami akan bertukar review. Itu juga sedekah. 

Kadang-kadang apabila melihat kawan-kawan menjual dan rasa macam ingin beli tetapi tidak tahu hendak buat apa dengan barang itu, maka sedekah dengan cara kongsikan status mereka di wall Facebook kita.     Mana tahu  jika ada kawan-kawan kita yang mahu membeli barang mereka. Ataupun biarkan sahaja kawan-kawan untuk tag bisnes mereka walau bisnes yang sama. Anggap yang kita sedekahkan ruang rumah kita untuk mereka. 

Sedekahkan doa untuk mereka yg menyakiti kita. Walaupun saya nampak seperti kental, namun kadang-kadang makan hati juga dengan segelintir pihak yang selalu mempertikaikan keikhlasan saya, penghijrahan saya, dan aktiviti dakwah kecil yang saya lakukan. Sampai satu ketika, saya sudah tidak larat mahu menerangkan keadaan. Jadi cara terbaik yang boleh saya lakukan ialah dengan berdoa banyak-banyak.

Artikel Berkaitan:  Bisnes Yang Boleh Berikan Bayaran Tunai Segera
Saya tak tahu bagaimana untuk buktikan yang konsep ini semua mempengaruhi perjalanan hidup saya. Yang pasti, Allah permudahkan situasi dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda. Semua yang dirancang menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi.

Daripada menghasilkan produk kecantikan Felinna Beauty kepada produk kesihatan dan kemudian ke bidang tekstil Felinna dan Raffel hingga ke bidang makanan kanak-kanak Caliph Sunnah Supplement. Kepada yang mengikuti saya mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan.

Saya percaya ia berlaku bukan kerana saya hebat, tetapi kerana Allah tahu saya dan suami yakin dengan Dia maka Dia beri kami tanggungjawab besar atas kejayaan hari ini.

trust 

Sedekah itu luas skopnya. Jadi kreatif dan yang penting, pagi ini saya mulakan dengan sedekah ilmu. Jadi anda pun jom kongsikan ilmu bersama-sama agar semua usahawan ingat untuk kaya dan berjaya bukan dengan marketing strategy semata-mata. #projekpikathatiAllah juga kena hadam dan buat.

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah. Manusia tidak boleh baca hati kita, tapi Allah tahu.

Jike berkesempatan, nanti saya kongsikan juga tentang sedekah perlu kena pada tempatnya. Silap beri boleh jatuh haram dan kita tanggung dosa, ada yang wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Fahami konsep sebenar sedekah. Ini kerana dalam Islam sendiri tidak digalakkan penipuan atau syubhah untuk perkara yang kita tahu tidak elok.