Monday, 13 June 2016

SUBHANALLAH.... BAYI DILAHIRKAN TANPA KULIT

SUBHANALLAH.... BAYI DILAHIRKAN TANPA KULIT

New Delhi: Seorang bayi perempuan dilahirkan tanpa kulit di India dengan badannya hanya diselaputi lapisan keras yang merekah.

Mukanya juga tidak sempurna dengan hanya dua lubang hidung, kelopak mata terbalik, tiada telinga dan mulut seperti ikan.

Bayi itu yang menghidap apa yang dikenali sebagai ‘Harlequin Ichthyosis’ atau turut digelar ‘bayi Harlequin’ adalah yang pertama dilaporkan di India selepas kanak-kanak berkenaan dilahirkan secara pembedahan pada usia kandungan lapan bulan.

Pakar pediatrik Yash Banait berkata: “Bayi dilahirkan seperti ini amat mudah dijangkiti kuman kerana organ dalamannya terdedah.

“Kami hanya mampu memastikan ‘kulit’ bayi ini lembap dengan menggunakan jeli petroleum dan minyak kelapa. Buat masa ini kami masih belum memastikan sama ada dia mempunyai bebola mata.”


KAUM WANITA BACA NIE!! JANGAN MARAH YE.. HENTI AMALKAN MEMAKAI CONTACT LENS LAGI ..AKIBANYA SEPERTI WANITA INI.. DENGAR ULASAN DARIPADA BELIAU..AMAT MENAKUTKAN ((5GAMBAR ))

KAUM WANITA BACA NIE!! JANGAN MARAH YE.. HENTI AMALKAN MEMAKAI CONTACT LENS LAGI ..AKIBANYA SEPERTI WANITA INI.. DENGAR ULASAN DARIPADA BELIAU..AMAT MENAKUTKAN ((5GAMBAR ))

Mungkin tidak sedikit Rakyat malaysia yang gemar memakai Contact Lens karena tidak mahu memakai spek mata,kenapa? karena memakai Contact Lens nampak lebih trend dan cantik dengan warna warni Contact Lens yang sedia ada.

Bagi anda pengguna Contact Lens sila baca pesanan Marisa Edora Pada pengguna Contact Lens

“Memandangkan banyak permintaan suruh saya share pengalaman kena ulser kornea mata ni baru sekarang saya ready nak share ..

“Dari bulan jun saya dah sakit mata beberapa kali jugak la ke hospital ke klinik tapi still jugak dorang cakap takde apa2 sampai la lepas raya tu saya langsung x boleh kena cahaya matahari silau yg amat sangat macam kena cucuk .

Mata merah , bengkak dan berair . Sakit hanya Tuhan tau . Bergegas pergi hospital yangg ni terus hantar pakar dorang detect yg mata saya sangat teruk ada ulat kecil , bakteria , nanah , kulat n bermacam bagai jenis kuman la membiak kat dalam tu .

Gambar yg lain saya x nak tunjuk nanti korang x selera makan . Hehehe … Yg paling sedih dorang cakap 50/50 nak pulih sebab dah timbul putih hampir keseluruhan kat mata hitam .

Saya memang x nampak apa2 pun masa tu . Gelap gelita . X tau nak bayangkan perasaan masa tu . Dua minggu jugak la admit .

 Asalnya saya memang kerap pakai lens . Saya rabun jauh x nak pakai spek . Degil sangat kan dah kena . Sakit tangkap urat kepala sampai bengkak . Memang x lena tidur .

Sakit teramat sangat . Sekarang saya dah pulih cuma penglihatan yg kanan agak teruk degree biasa sebelum kena ulser 300 sekarang naik 600 silau 350 . Tebalnya degree ! So … anda pilih cermin mata @ lens ? Pikir la sendiri ! Huhuhu … terima kasih x terhingga pada ayah , my stepmom “



Akhirnya Isteri Aliff Buat Tindakan YAng Mengejut Setelah Melihat Alif Satar Beraksi Melampau Dengan Nana,! Korang Baca Lah Apa Isteri dia cakap.

Akhirnya Isteri Aliff Buat Tindakan YAng Mengejut Setelah Melihat Alif Satar Beraksi Melampau Dengan Nana,! Korang Baca Lah Apa Isteri dia cakap.

Siapa sangka lakonan romantis Aliff Satar didalam drama terbarunya, Dia Semanis Honeyberjaya memberikan impak besar kepada penonton. Aliff juga akui isterinya juga turut tidak ketinggalan menonton drama itu dan kadangkala beliau juga berasa sedikit cemburu melihat adegan romantik beliau bersama Siti Nordiana.

“Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis didalam drama itu dan kadang kala dia menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya yang sebenar”
“Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar. Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini,” 

katanya kepada Kosmo Online berhubung perasaan cemburu yang dipamerkan isterinya itu.

Pada masa yang sama, Aliff turut meluahkan rasa bersyukurnya kepada pengarah drama terbabit, Micheal Ang yang telah menaikkan namanya semula selepas 10 tahun berkecimpung didalam bidang seni tempatan. Katanya lagi mungkin keserasian serta populariti Siti Nordiana juga membantu menjadikan drama itu meletup.

Drama tayangan Astro, Dia Semanis Honey yang ditayangkan sejak awal Mei lalu hangat diperkatakan umum kerana keserasian yang ditonjolkan oleh gandingan Aliff Satar dan Siti Nordiana. Malah ramai juga yang mula angau dengan adegan romantis mereka berdua yang berjaya memukau pandangan penonton.


Sunday, 12 June 2016

ABANG LONG FADHIL TAMPIL DEDAH SIAPA SEBENARNYA WANITA BERTUDUNG BERTATU YANG MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL

ABANG LONG FADHIL TAMPIL DEDAH SIAPA SEBENARNYA WANITA BERTUDUNG BERTATU YANG MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Bekas gengster Singapura, Abang Long Fadhil meminta orang ramai tidak membuat tanggapan salah terhadap gambarnya bersama seorang wanita bertudung dan bertatu di muka yang tersebar di laman sosial.

Beliau atau nama sebenarnya Muhamad Fadhil Husin, 29, turut kesal tindakan segelintir yang mereka-reka cerita dan membuat andaian kononnya wanita dikenali sebagai Fyka Sam itu adalah pasangannya.

“Kami bertemu dalam sesi fotografi di sebuah butik di Johor Bahru kira-kira dua minggu lalu. Saya dijemput ke butik berkenaan sementara wanita itu adalah model jubah wanita butik sama.

“Saya harap orang ramai tak salah anggap pada saya. Jangan suka-suka hati bikin cerita. Kalau nak tahu cerita sebenar tanya saya dulu sebelum suka hati sebar atau viralkan cerita tak benar,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti niat pihak berkenaan memuat naik gambar berkenaan.

“Saya harap jangan ada yang buat spekulasi. Saya kesal kerana gambar itu boleh memberi tanggapan buruk terhadap diri saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhamad Fadhil juga meminta orang ramai tidak memperlekehkan penghijrahannya, sebaliknya meminta dibimbing dan didoakan supaya terus istiqamah dalam setiap perkara kebaikan dilakukan.

“Penghijrahan saya bukanlah untuk dipermainkan.  Saya perlukan sokongan serta doa semua orang supaya saya istiqamah,” katanya.

Sementara itu, sebaik sahaja gambar berkenaan tersebar minggu lalu, wanita yang dikatakan tidak bertatu tersebut turut membalas kenyataan dalam ruangan komen dan mengaku gambar diambil ketika satu sesi fotografi.


Saturday, 11 June 2016

Ini Punca Sebenar Neelofa jumpa pengamal perubatan..Kesian Neelofa,,,Semoga Tabah Menghadapi Dugaan Ini..

Ini Punca Sebenar Neelofa jumpa pengamal perubatan..Kesian Neelofa,,,Semoga Tabah Menghadapi Dugaan Ini..

Sekeping gambar yang menunjukkan artis cantik Neelofa sedang mendapatkan rawatan Islam, kini menjadi perbalahan dikalangan netizen.

Gambar terbabit dimuatnaik oleh artis berkenaan didalam laman sosial Instagram miliknya sendiri.

Didalam gambar berkenaan, Neelofa mendapatkan rawatan Islam di Darul Syifa bersama Ustaz Haron Din.

Tidak dapat dipastikan untuk apa artis berkenaan melakukan rawatan, tetapi netizen beranggapan beliau mungkin membuang sihir.

Ramai peminat Neelofa mengecam gambar terbabit dan menyifatkan ianya tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana ianya adalah bersifat peribadi.

Seorang netizen yang menggunakan nama Lonely_surina berpendapat, perkara berkenaan tak harus ditayang kepada umum kerana ia mungkin memudaratkan si perubat.

Ada juga yang menyindir artis berkenaan yang dikatakan mahu mencari publisiti murahan dengan menayangkan gambar tersebut.

Apapun, tindakan Neelofa yang mendapatkan rawatan itu mengundang tanda tanya sama ada beliau benar-benar sakit ataupun sekadar bersandiwara sahaja.


PERGHHH!! SUNGGUH TAK SANGKA.. RUPA-RUPANYA GADIS BERTUDUNG BERTATO BERSAMA ABANG LONG FADHIL BUKAN CALANG-CALANG ORANG.. JOM TENGOK BIODATA BELIAU!! PASTI RAMAI YANG TERKEJUT BESAR

PERGHHH!! SUNGGUH TAK SANGKA.. RUPA-RUPANYA GADIS BERTUDUNG BERTATO BERSAMA ABANG LONG FADHIL  BUKAN CALANG-CALANG ORANG.. JOM TENGOK BIODATA BELIAU!! PASTI RAMAI YANG TERKEJUT BESAR

Sejak semalam ramai yang mencari tahu siapa identiti dan latar belakang gadis bertudung yang berdiri disebelah abang long fadhil dengan corak tato di wajah.

Dengan muka cantik berhijab, tatapan mata yang tajam, tato dibagian tepi wajah bak seperti bekas mafia wanita yang mempunyai pengaruh besar hingga ramai natizen menamakan gadis itu adalah Kak yong.

Ekoran gambar tersebut turut menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi gadis itu dikatakan sebagai pasangan abang long fadhil yang baru baru ini mejadi sorotan media karena penghijrahannya dari dunia hitam

Untuk pengetahuan umum,gadis tudung bertato tersebut bukanlah bekas mafia atau samseng seperti yang di gembar gamburkan oleh beberapa pihak.

Menurut pengakuan tuan gambar Fyka Sam Sebenarnya gambar itu di ambil waktu photoshoot,Gadis yang berasal dari johor bahru itu juga turut merasa kesal ,karena beberapa pengguna media sosial turut melontarkan kata kata kesat selepas mengetahui siapa sebenar empunya badan gambar gadis tudung bertato tersebut.


“Saya memang freehair,gambar gambar dalam facebook saya mohon jangan dipersoalkan”Tulis Fyka Sam dalam ruang komen gambar tersebut.

Apabila ditanya mengenai kata kata kesat yang di ajukan beberapa pihak,terlebih lagi mengenai isu aurat ,Fyka Sam berkata,”Biarlah,mulut orang yang penting bukan saya yang sibuk nak viralkan gambar tu,saya pun tidak tahu gambar itu telah di viralkan,ujarnya.


Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan KFC Dan Lihat Apa Yang Terjadi

Lelaki Ini Belanja Dua Anak Jalanan Makan KFC Dan Lihat Apa Yang Terjadi





Friday, 10 June 2016

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR NORA DANISH TERPAKSA TUTUP CAFE NYA....TAK KAN PERKARA MACAM TU BOLEH TUTUP CAFE.

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR NORA DANISH TERPAKSA TUTUP CAFE  NYA....TAK KAN PERKARA MACAM TU BOLEH TUTUP CAFE.

Beberapa hari lepas, pelakon Nora Danish telah dedahkan bahawa terpaksa tutup kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar kerana kadar sewa yang dikenakan agak tinggi dan tak mampu nak bayar..

Sebabkan tak mampu nak bayar sewa, netizen sifatkan Nora sebenarnya dah tak ada duit nak bayar sewa sebab Kafe tu tak mendapat sambutan orang ramai..

Tapi, nampaknya andai netizen pada Nora tak betul..Walaupun dah tutup satu kafe di Bangsar Nora bukak lagi dua kafe di Bangi.. Bukan faktor tak mendapat sambutan dan tak cukup duit punca Nora tutup kafe, rupanya Nora nak kembangkan lagi perniagaannya..

Sebenarnya Nora dah menceburkan diri dalam banyak perniagaan.. Bukan hanya hanya kafe dan tudung, Nora juga dah buka butik sendiri..

Terkini, Nora maklumkan akan membuka butik di Bangi berdekatan dengan kafe yang baru dibukanya itu.. Tujuan buka sebuah butik berhampiran dengan kafenya untuk memudahkan urusan meninjau kafe dan butik..

Fuhh, kalau macam tu memang dah betul-betul kaya Nora ni.. Tak mengharapkan sepenuhnya dalam mencari pendapatan pada industri seni.. Tapi, boleh mendapatkan pendapatan sampingan dalam bidang perniagaan..

Dah berjaya dalam industri seni dan perniagaan, tercetus dalam hati Nora juga untuk mempunyai sebuah produksi miliknya sendiri suatu hari nanti.. Semua itu masih lagi dalam perancangan.. Tapi, Nora tak terfikir pun nak jadi pengarah, hanya nak buka produksi sendiri..

Nampaknya dah semakin berfikiran panjang artis-artis tempatan.. Tidak terlalu fokus dalam industri hiburan, artis dah sedar nak sumber pandapatan lain dengan menceburi bidang perniagaan..

Nanti mesti banyak kafe, butik dan syarikat produksi gulung tikar sebab artis dah mula nak menceburi bidang perniagaan..hehehe


KERJA GILA!! Kisah MENGERIKAN penyelam berusia 80 tahun ini masuk di dalam Segitiga Bermuda, namun inilah 4 foto & apa yang ditemuinya ketika di sana yang begitu MENAKUTKAN&MENYERAMKAN!!!

KERJA GILA!! Kisah MENGERIKAN penyelam berusia 80 tahun ini masuk di dalam Segitiga Bermuda, namun inilah 4 foto & apa yang ditemuinya ketika di sana yang begitu MENAKUTKAN&MENYERAMKAN!!!


#~Kisah anak watan ini adalah untuk membuka ruang berfikir seseorang yang masih cuba merungkai permasalahan yang berlegar untuk memberikan manfaat yang berguna dalam kehidupan.

#Segala yang terjadi dengan kekuasaan Allah Taala yang cuba menguji hamba-hamba-Nya untuk mengkaji khazanah alam yang secubit ini.

#Seorang orang lama berumur 80 tahun berasal dari negara Bermuda, William Gillies baru saja mengeluarkan buku berjudul ‘Reefs, Wrecks & Relics — Bermuda Underwater Heritage’ atau ‘Karang, Bangkai Kapal, dan Relik – Warisan Alam Bawah Laut Bermuda’.

#Dalam bukunya, Gillies menceritakan pengalamannya menyelami Lautan Bermuda.

#Seperti dimuat The Royal Gazette, Rabu 28 April 2010, meskipun tak mungkin lagi turun untuk menyelam ke dalam air laut, tapi ingatannya tentang masa mudanya sebagai pencari harta di bangkai kapal, belum pupus.

#Dengan menyelam, saya mengetahui kekayaan laut Bermuda.

#Banyak tempat yang misteri di muka Bumi, namun Segitiga Bermuda atau sering disebut ‘Segitiga Setan’ — wilayah lautan di Lautan Atlantik — dianggap yang paling keras dan menyeramkan.

Dan kisah seram tempat itu menyebar ke seantero sejagat. Kisah itu menyebar lewat buku, iklan produk telekomunikasi hingga filem layar lebar. Banyak yang belum tahu di mana sesungguhnya letak wilayah misteri itu.

Segitiga Bermuda itu sesungguhnya adalah wilayah di dalam garis titik yang berhubung dengan tiga wilayah dari beberapa kepulauan gugusan Amerika Tengah iaitu negara kepulauan Bermuda, Puerto Rico, dan Miami di Amerika Serikat.

Orang-orang yang menetap di Bermuda, sudah sekuat tenaga melawan rupa-rupa kisah menakutkan itu. Sebab daerah yang hidup dari beberapa makhluk Allah yang lain ini boleh menyebabkan para pelancong menjauhi kawasan ini gara-gara kisah seram itu.

Salah satu dari memori awalnya tentang laut Bermuda adalah peristiwa tenggelamnya sebuah kapal mewah Sepanyol, Cristobal Colon di wilayah Karang Utara, 25 Oktober 1936. Saat kapal itu tenggelam, Gillies masih berusia enam tahun.

Gillies memulai penyelamannya pada 1965, saat dia berusia 35 tahun. Penemuan sebuah bel dari kapal tua yang tenggelam memicu gairahnya untuk menyelam dan mencari sisa-sisa harta yang karam di dasar laut.

Objek-objek menarik di pasir dan sekitar bangkai kapal sering dia jumpa di dasarnya. Misalnya potongan lampu tua berbahan bakar minyak ikan paus.

Kadang-kadang dia dan rakan selamannya menemukan pecahan atau potongan tembikar atau porselin.

Beberapa potongan itu dia rekonstruksi menggunakan fiberglass dan getah damar. Beberapa karya restorasi Gillies kini dipajang di Bermuda Underwater Eksplorasi Institute (BUEI).

Beberapa benda diakui Gillies misterius. Misalnya, dia menemukan paip berkarat yang tersimpan di peti kayu di sebuah kapal layar yang hancur dan tenggelam di awal tahun 1900-an.

Ada lagi benda berbentuk sekelompok kristal berbentuk cincin kecil.

Ini mungkin digunakan seorang wanita untuk menghias gaunnya.

Sesungguhnya anak watan tersebut cuba menghidupkan kembali tempatnya supaya para pelancong dapat mengunjungi kawasannya yang terselindung pelbagai khazanah alam.

Siapa pun kita, janganlah mudah bersangka kepada kejadian yang aneh dan pelik itu mainan, kerana sesungguhnya Allah akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian kepada sesiapa yang diinginkan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!


MOHON SEBARKAN !!! Ibu Bapa Jangan Belikan Anak Anda Kasut JENAMA NI ! Buruk PADAHNYA

MOHON SEBARKAN !!! Ibu Bapa Jangan Belikan Anak Anda Kasut JENAMA NI ! Buruk PADAHNYA

Kasut yang selesa dan cantik mesti jadi keutamaan ibu bapa bila nak belikan kasut mahupun sandal untuk anak-anak mereka. Tapi kebiasaan yang selalu jadi bukan saja pada budak kecil tetapi juga orang dewasa adalah bila kita pakai kasut baru, kaki kita akan melecet. 

Bagaimanapun, sesuatu yang lebih buruk berlaku pada kanak-kanak Esme, 2 tahun, apabila jelly shoes yang dibeli ibunya, Lisa Cornor pada hari jadinya bertukar tragedi. Belum sampai setengah jam dipakai Esme menjerit kesakitan dan kakinya mula luka dan berdarah.

Esme terus berlari ke arah ibunya dalam keadaan kakinya berdarah. Jadi buat ibu bapa di luar sana, sebelum beli kasut atau sandal untuk anak-anak anda pastikan dulu material yang dipakai sebab mungkin anak anda alergik pada bahan tertentu.


Tahniah!!! Akhirnya Abam Bocey Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Sabah Ini....Cantiknya,,Bertuah Abam..(4FOTO)

Tahniah!!! Akhirnya Abam Bocey Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Sabah Ini....Cantiknya,,Bertuah Abam..(4FOTO)

Pelawak popular yang menggunakan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ iaitu Abam Bocey dah lama membujang.. Disebabkan faktor bentuk fizikalnya yang agak besar, Abam sudah beberapa kali dikecewakan apabila melibatkan kisah cinta.. Ada yang bercinta sebab nak main-mainkan perasaanya..

Sudah mula popular dalam industri hiburan, banyak wanita yang cuba dekati Abam.. Niat sebenar wanita-wanita mula nak dekati Abam tak tahu la.. Mungkin sebab duit la kot, jadi artis memang poket tebal.. Setiap kali dapat tawaran memang pelawak akan dapat jumlah wang yang banyak..

Tahun lalu Abam maklumkan dia sedang mengenali hati budi seorang gadis yang berasal dari Sabah, gadis itu turut disenangi oleh keluarganya.. Nama dah wajah gadis itu tak didedahkan oleh Abam, tapi Abam akui selesa berkawan dengan gadis itu..

Sudah hampir setahun mengenali gadis Sabah itu, Abam ditanya tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga.. Dah kenal lama takkan tak ada keinginan nak bawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius, ye dok? Abam maklum  dah mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat dengan gadis Sabah itu..

Sama ada dalam tahun ini atau tahun depan tidak didedahkan.. Abam akan berkahwin selepas bawa ibunya menunaikan umrah.. Kalau  tengok Abam dah bawa ibunya tunaikan umrah tunggu jelah Abam umumkan tarikh kahwin dah tak lama lagi la tu Abam akan kahwin..hehehe.



PENTING!! WAJIB BACA...Ini Sebab Sebenar Kenapa Anda Tak Payah Basuh Telur Ayam Selepas Beli...MOHON SHARE

PENTING!! WAJIB BACA...Ini Sebab Sebenar Kenapa Anda Tak Payah Basuh Telur Ayam Selepas Beli...MOHON SHARE

Assalamualaikum buat semua pengunjung . 

Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya. 

Hari ni, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda. 

Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama. 

BERSAMA TAUKE TELUR AYAM 

Pagi Sabtu semalam, saya ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan. 

Walaupun setiap hari saya cuti sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping. Rasa hidup je pasar bila ramai orang. Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul? 

Sampai saya ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada. Tapi yang saya hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya. Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga. 

Kotor ek telur ayam sekarang ni. Kalau basuh sebelum jual bagus ni, kata saya sambil memandang kepadanya.

Jawabnya, Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan. Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection.

Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur. Kalau dah basuh, lapisan tu hilang, bakteria dan kotoran lagi mudah masuk. Telur makin cepat rosak, pesannya dengan tenang. 

Kali pertama kot saya dengar benda ni.Jahiliyah sungguh rasa. 

Habis tu cara betul macam mana? sambung saya lagi. 

Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama.Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh. Terus masak dan makan. Itu cara betulnya, jawabnya. 

Mohon bantu share ya jika artikel ini bermanfaat 

Ayoyobetul ke info ni? 

Korang buat macam mana? 

JAWAPAN DARI SEORANG USTAZ 



Thursday, 9 June 2016

VIRAL ....Bahaya Tidur Lepas SAHUR. Ini Komen Dr PAKAR Yang Pasti Buat Ramai Tidak Tidur Selepas Sahur.

VIRAL ....Bahaya Tidur Lepas SAHUR. Ini Komen Dr PAKAR Yang Pasti Buat Ramai Tidak Tidur Selepas Sahur.

Seorang doktor pakar dari Group Pseudoscience Watch ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar dalam whatsapp dan juga media yg seumpama dgnnya. Ini adalah artikel/mesej tersebut

Saudaraku..habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya…

Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di “makan” oleh bakteria jahat –> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
– Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
– Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
– Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
– Liver akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini. Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Semua ini terjadi hanya kerana apa ??? Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
– Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
– Tidur setelah sahur merosak liver
– Membuat dominan bakteria jahat.
– Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda – Keadaan tubuh menjadi kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur. Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya.. Semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.

Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.

1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Penerangan:

Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada ‘Rest'(rehat) and digest(pencernaan).

Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.

Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian bawah esophagus.

Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor

2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid

Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.

Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid

Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.

3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.

Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy

Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.

4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila pH<4

Penerangan: pH

Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan

Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak

2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD

3) pH asid tidak menyebabkan kanser

4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci. KREDIT Pseudoscience Watch


Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas Selepas Membuat Persembahan

Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas Selepas Membuat Persembahan

Pemain gitar kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai mengiringi persembahan Awie pada malam majlis penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong di sini malam tadi (4 Jun).

BH Online melaporkan, Izharuddin atau Ajan meninggal akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah diatas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama Awie.

Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin, 57, berkata beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.

"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya. 

"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," katanya.

Kumpulan itu ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang dan terkenal dengan lagu "Pulau Pinang Kita" pda sekitar thaun 90-an.


AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR LANA NORDIN TAK DEDAHKAN WAJAH ANAKNYA.PATUT LA TAK BERANI.... LIHAT 4FOTO TERKINI ANAK BELIAU PASTI ANDA TERKEJUT BESAR.

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR LANA NORDIN TAK DEDAHKAN WAJAH ANAKNYA.PATUT LA TAK BERANI.... LIHAT 4FOTO TERKINI ANAK BELIAU  PASTI ANDA TERKEJUT BESAR.

Pelakon Lana Nordin lepas dah kahwin memang suka sungguh berahsia.. Waktu dia mengandung diheboh-hebohkan, bila dah bersalin terus senyap.. Langsung tak dedahkan pada peminat yang dia dah selamat bersalin..

Pastu bila peminat persoal status anaknya yang lahir tu, tahu pulak nak marah.. Dah mengandung diheboh-hebokan.. Bila dah bersalin tak mahu maklumkan pulak kat peminat, memang la akan timbul banyak spekulasi..

Sehingga kini, Lana mengambil langkah untuk langsung tak dedahkan wajah anaknya pada media.. Lana maklumkan suatu hari nanti, dia akan dedahkan wajah anaknya pada media massa..

Tak sempat nak dedahkan wajah ‘baby Gia’, Lana menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar serta kapysen ‘Back to Cali with beautiful family,” ‘terbang’ ikut suaminya ke Amerika Syarikat..

Nampaknya memang tak ada harapan la pihak wartawan nak dapat ambil gambar wajah  ‘baby Gia’.. Nak sembunyi betul wajah anak tu dari netizen, pasal apa tak tahu la.. Ada cacat cela ke kat wajah anak tu? -





Dunia Akhir Zaman!!! Gadis Bangga Hamil Anak Bapa Saudara Kandung Sendiri

Dunia Akhir Zaman!!! Gadis Bangga Hamil Anak Bapa Saudara Kandung Sendiri

Dunia! Dunia! Dunia semakin panas dengan perbuatan sumbang manusia lakukan di muka bumi ni.. Mana tidaknya, lelaki berpasangan dengan lelaki dan perempuan pun ada juga yang berpasangan kaum sejenis.. Lebih teruk tu, ada juga yang menjalin dengan hubungan terlarang bersama ahli keluarga sendiri..

Begitulah dengan seorang gadis berusia 14 tahun di Mesir telah melakukan sesuatu yang melampaui batas! Dia dikatakan menjalinkan hubungan terlarang bersama bapak saudaranya sendiri.. Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan tu, gadis tu telah disahkan mengandung..

Baguslah, bertambah lagi kaum kerabat dorang yer.. Itu pun ‘hasil’ dari ahli keluarga sendiri juga.. Gadis berkenaan yang bernama Shaima mengaku menjalin hubungan dengan bapak saudaranya yang berusia 36 tahun, selepas diabaikan oleh keluarga sendiri..

Inilah jadinya bila keluarga terumbang-ambing, anak pun pun hanyut entah ke mana, sampai jalin hubungan dengan bapak saudara sendiri.. Shaima mengatakan dorang kerap berjumpa di rumah bapak saudaranya di Kaherah..

Shaima kini mengandung 8 bulan, tapi yang tak boleh blah tu bapak saudaranya tak mengaku tu anaknya.. Dia mengatakan Shaima sering melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain selain dia.. Dia menuduh salah seorangnya tu adalah bapak kandung pada bayi tu, bukannya dia..

Inilah dikatakan nak lari daripada bertanggungjawab, betul tak?? Masa nak dapat ‘sedap’ jer dilayan baik-baik, tapi bila terhasilnya ‘benih’ tu.. Jahanam tak boleh pakai, cepat-cepat menafikan..

Bagaimana pun, lelaki tu dah kena tangkap dan gadis tu kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani ujian mengenal pasti identiti bapa bayi dalam kandungannya..

Itu sebab lah jangan mudah menyerah body kat jantan yang bukan siapa-siapa bagi korang yer.. Bila jadi macam tu, perempuan jugak yang merana nak menanggung.. Si lelaki cabut lari dan tak nak bertanggungjawab! - 


ALLAHUAKBAR!! Baru 3 Tahun Laksana Hukum Allah.. .Brunei Temui SESUATU Yang MENAKJUBKAN !!!

ALLAHUAKBAR!! Baru 3 Tahun Laksana Hukum Allah.. .Brunei Temui SESUATU Yang MENAKJUBKAN !!!

 Barakah. Kata itu agaknya paling tepat untuk menggambarkan penerapan syariat Islam di Brunei Darussalam. Setelah tiga tahun menerapkan hudud, negara yang dipimpin Sultan Hassanal Bolkiah itu menemukan cadangan gas yang sangat signifikan untuk 70 tahun.

Sultan Hassanal Bolkiah mulai memerintah Brunei pada 4 Oktober 1967. Ia berusaha menerapkan syariat Islam sejak tahun 1996. Usaha itu mulai membuahkan hasil. Pada 22 Oktober 2013 Brunei Darussalam memutuskan untuk menerapkan Syari’at Islam secara penuh termasuk hukum Islam (hudud).

Dalam pernyataan resminya, Sulthan Hassanal Bolkiah mengatakan bahwa ratifikasi hudud akan diberlakukan secara bertahap dalam enam bulan berikutnya. Artinya, terhitung April 2014, hukum pidana Brunei Darussalam telah didasarkan pada hukum Islam.

Satu temuan besar terjadi pada Januari 2014, tepat tiga bulan setelah negara di Pulau Borneo itu memutuskan meratifikasi syariat Islam. Ladang gas besar ditemukan di perairan perbatasan maritim Brunei Darussalam dan Malaysia. Cadangan gas berlimpah itu dinyatakan cukup untuk 70 tahun.

The Star Online menyebutkan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dalam konferensi pers menyatakan bahwa cadangan minyak dan gas yang besar telah ditemukan di wilayah Serawak – Brunei – Sabah. Hal itu disampaikannya setelah Konsultasi Tahunan ke-17 Brunei – Malaysia Leaders.

Sementara The New Straits Times melaporkan, penemuan di Blok CA2 itu bisa memenuhi kebutuhan Brunei LNG hingga 70 tahun ke depan.

Malaysia dan Brunei Darussalam kemudian mengatur kerjasama antara kedua belah pihak untuk eksplorasi dan pembagian keuntungan komersial atas cadangan gas yang besar itu.

Penemuan cadangan gas setelah tiga bulan memutuskan penerapan Syariat Islam ini mengingatkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. (QS. Al-A’raf: 96)

Ketika menafsirkan ayat ini, Ibnu Katsir menjelaskan: “Ketika hati mereka beriman kepada apa yang disampaikan rasul-rasul, membenarkannya, mengikutinya dan bertaqwa dengan mengerjakan amal-amal ketaatan dan meninggalkan semua yang diharamkan, Allah memberikan barakah berupa hujan dari langit dan tetumbuhan dari bumi.”

Ulama lainnya menjelaskan bahwa barakah dari langit tidak sebatas hujan dan barakah dari bumi tidak sebatas tumbuhan. Di antara barakah dari bumi adalah kekayaan alam yang terkandung di dalamnya termasuk ladang-ladang minyak, gas dan mineral.

“Akan tetapi,” kata Sayyid Qutub dalam Fi Zhilalil Quran, “hubungan (keimanan dengan berlakunya qadar Allah berupa barakah) ini, samar atau tidak diketahui oleh orang-orang yang lalai. Pasalnya, bekas-bekas atau pengaruhnya kadang-kadang tidak tampak dalam waktu dekat, namun ia pasti terjadi dalam jangka waktu panjang.”


Tuesday, 7 June 2016

Screenshot Whatsapp Doktor BONGKAR Punca Sebenar Kematian Menantu TPM Malaysia

Screenshot Whatsapp Doktor BONGKAR Punca Sebenar Kematian Menantu TPM Malaysia


Al-Fatihah - Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam.

Setakat ini, tiada laporan sahih mengatakan punca kematian arwah, namun beberapa sumber melaporkan arwah meninggal dunia kerana terlebih ubat bius. Apapun punca nya, kita nantikan laporan rasmi dari pihak yang berkenaan.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia kelmarin susulan rawatan gigi di Bangsar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis merakam percakapan mereka yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu lain.
"Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia


Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk Facebook Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !!!

Lepas 3 Tahun Ceraikan Isteri, Lelaki Ni Stalk Facebook Bekas Isterinya Akhirnya Dia Temui SESUATU !!!

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku.
Tiba-Tiba??

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke.. 


PANAS!! ARTIS POPULAR MANA PULAK KANTOI TAK PUASA NI!!!BARU 2 HARI PUASA...

PANAS!! ARTIS POPULAR MANA PULAK KANTOI TAK PUASA NI!!!BARU 2 HARI PUASA...

Seperti tahun tahun sebelum ini, Ramadhan pastinya akan ada gossip tentang selebriti yang tidak berpuasa dalam pelbagai keadaan & alasan. Ini yang pertama untuk tahun ini.

Seorang peminat hiburan di forum Cari membuka cerita tentang seorang pelakon wanita remaja yang nampaknya tidak tahu menghormati hadirnya bulan Ramadhan.

Menurut sumber, satu penggambaran filem telah di’jalankan di kediaman beliau dan memang menjadi satu kemestian untuk tuan rumah memerhatikan krew bertugas.

Yang tidak menariknya, ketika satu waktu rehat antara babak, aktress remaja ini tidak segan silu untuk duduk semeja dengan krew produksi yang tidak berpuasa & makan.

Atas sebab kukuh apa sekali pun aktress ini tidak berpuasa, menjadi sesuatu yang tidak manis kalau menjamah makanan di’siang hari lebih lebih di hadapan khalayak ramai.

Kalau di’sebut nama selebriti ini, memang semua orang kenal habis dan mungkin beliau mengambil tindakan sebegitu kerana sudah terbiasa dengan krew produksi yang tidak kisah.

Mungkin selepas ini kalau benar benar ingin makan dek kerana penat berlakon, boleh rasanya lakukan inisiatif untuk lari dari lokasi untuk ke tempat yang tidak menjadi tumpuan mata memandang, awak ‘kan bergelar selebriti popular.


INI PUNCA SEBENAR BAPA TERRUSUK GUNTING DI KEPADA GADIS PEREMPUAN COMEL INI.

INI PUNCA SEBENAR BAPA TERRUSUK  GUNTING DI KEPADA GADIS PEREMPUAN COMEL INI.

Dek kerana marah anak tak nak belajar dan ingin takutkan anaknya, seorang bapak di China acah-acah menggunakan gunting.. Tetapi malang menimpa bila dia tak sengaja terlepas gunting tu hingga tertusuk kat kepala anak dia.. Korang lihat gambar di atas tu,  tengok pun ngeri jerr!

Baik punya gunting tu tertacak kat kepala budak perempuan berusia 10 tahun tu.. Huhuhuu.. Berdasarkan sumber, pada awalnya tu bapak mangsa dikatakan marah kerana anaknya tak nak buat kerja sekolah pada malam Jumaat macam biasa..

Kemudian, dia mengambil gunting lalu mengacah untuk menakutkan anaknya supaya berhenti bermain dan mula membuat kerja sekolah.. Tetapi itulah, gunting tu terlepas gara-gara tangannya licin kerana baru selesai mencuci ayam..

Gunting tu tertusuk ke dalam kepala budak tu sehingga terkena bahagian otak dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.. Nasib baik lah doktor berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15 cm tu dan budak tu dilaporkan selamat dari bahaya..

Selain itu, budak tu dikatakan tak dapat mengingat apa yang terjadi padanya.. Apa-apa pun, janji dia selamat..  harap si bapak tu lepas ni, tak buat macam tu lagi lah.. Nak marahkan anak sekali pun, jangan sampai memegang benda tajam macam tu hingga boleh membahayakan nyawa!