Friday, 26 August 2016

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..

Pendakwah ter­kenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Selain beliau katanya, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu bapa pelajar.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang me­nulis komen di Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu tersebut.

Terdahulu, Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang pen­ceramah bebas, beliau semema­ng­nya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,” katanya.



Dah Agak Dah!! Ini punca Sebenar Remaja 18 Tahun Sanggup Nikah Dengan pasangan Berusia 42 Tahun pAsti Korang Terkejut Besar..Rupanya Dah Ter....

Dah Agak Dah!! Ini punca Sebenar Remaja 18 Tahun Sanggup  Nikah Dengan pasangan Berusia 42 Tahun pAsti Korang Terkejut Besar..Rupanya Dah Ter....

SABAH - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berkahwin dengan pasangannya yang berusia 42 tahun, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Gambar pasangan berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular seperti Rizal Hakimm, Pen Hitam Dot Com, Tulun Sabah, dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah, itu menjadi trending di media sosial sejak petang semalam.  

Ramai netizen mengucap tahniah dan tidak putus-putus mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak. 

"Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat," kata netizen. 

Ada segelintir netizen menjadikan perkhabaran itu sebagai bahan lawak mereka. Kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Tidak kurang juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda. 

Bagaimanapun, dakwaan mereka itu dibidas oleh netizen yang lain. 

"Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda," tegur Udin Santoren. 

"Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang." kata Wazna Tie.

"Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya," kata Scissorz Fitz


Thursday, 25 August 2016

Hubungan Sebenar Adi Putra Dengan Asha Af 2016,,,Adi Putra Memberi Sokongan Sepenuh Jiwa Kepada Asha...Amboi!! Yang Baru Pulak ke

Hubungan Sebenar Adi Putra Dengan Asha Af 2016,,,Adi Putra Memberi Sokongan Sepenuh Jiwa Kepada Asha...Amboi!! Yang Baru Pulak ke

Bukan main lagi pelakon Adi Putra dalam memberi sokongan sepenuh jiwa pada salah seorang peserta program Akademi Fantasia 2016.. Nak kata Adi terkena demam AF2016, macam pelik juga..

Sebab jarang kita dapat tengok artis akan memberi sokongan seperti yang dilakukan oleh Adi pada peserta AF.. Setakat sukakan suara dan minat peserta itu, artis tu akan mempromosikan peserta AF di laman sosial dan minta peminat untuk undi peserta tersebut..

Tapi tindakan Adi yang dilihat seperti terkena ‘demam’ AF2016 buatkan peminat tertanya.. Bukan setakat minta peminatnya untuk mengundi salah seorang peserta AF2016 yang dikenali sebagai Asha.. Malah, Adi juga sanggup memuat naik gambar dirinya memegang sepanduk yang tertera nama Asha..

Aikk, pelik.. Adi dengan Asha ni ada apa-apa ke?? Rata-rata peminat merasakan Adi mungkin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Asha, sebab itu sanggup meminta peminat mengundi peserta tersebut..

Kalau tak ada hubungan kekeluargaan memang susah la peserta AF nak dapat sokongan dari artis.. Mungkin Asha ni adik-berdaik Adi kot…

Tapi ada seorang peminat merasakan Asha tak memiliki suara yang merdu kalau nak di bandingkan dengan peserta lain..

Tapi kalau dah dapat sokongan dari Adi dan juga undian dari peminat Adi, suara peserta yang tak sedap pun boleh menang program Akademi Fantasia 2016, ye dak??


VIDEO: TERJAWAB!! Rupanya Ini Punca Sebenar Lan Pet-Pet BENGANG Dan BERGADUH Dengan Penguatkuasa Ni !Minit Ke 0.45 Sangat Jelas Lan....

VIDEO: TERJAWAB!! Rupanya Ini Punca Sebenar Lan Pet-Pet BENGANG Dan BERGADUH Dengan Penguatkuasa Ni !Minit Ke 0.45 Sangat Jelas Lan....


Selangor - Kekecohan antara Lan Pet Pet dan Penguatkuasa MPSJ apabila tayar keretanya di "clamp" sedangkan dia parking kejap saja dan ada isteri dalam kereta. 

Tetapi akhirnya semua selesai cara elok. Baguslah tu. Tahniah semua. .

Lokasi : Hadapan Pejabat TNB Subang


Selepas 10 Hari Di Culik,,Akhirnya Adik Amirul Telah Di jumpai,, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

Selepas 10 Hari Di Culik,,Akhirnya Adik Amirul Telah Di jumpai,, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

Kuantan: Kanak-kanak lelaki, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, yang dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu ditemui selamat namun tidak bermaya selepas ditemui di rumah seorang wanita di Lorong Mat Kilau, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Mirul ditemui anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama sehingga menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan ibu kanak-kanak berkenaan, Mime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu.


6 FOTO: Mohon Jangan Pergi Bukit Bintang SEKARANG, Kemalangan Yg Sgt NGERI Baru Berlaku Sebentar Tadi !

6 FOTO: Mohon Jangan Pergi Bukit Bintang SEKARANG, Kemalangan Yg Sgt NGERI Baru Berlaku Sebentar Tadi !

Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli-belah Pavilion, kira-kira 7 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.21 malam.

Katanya, sebaik tiba seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.




Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tragis!! Ini Kronologi Sebenar Pembunuhan 3 Sekeluarga Oleh Ahli Keluarga Sendiri...

Tiga sekeluarga maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera dalam kejadian amuk lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Beliau berkata, dua lagi mangsa wanita berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu manakala seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim ditahan polis di masjid di Bukit Rambai, kira-kira 11 pagi tadi.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid terbabit.

Suspek kemudiannya ditemui bersembunyi dalam masjid dengan berjubah biru.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, tiga sekeluarga termasuk suami isteri berusia 70 dan 62 tahun maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.